Utusan Borneo (Sabah)

UPKO akan terus bersamasam­a kepimpinan Shafie

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan terus bersama-sama kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dalam menghadapi gelombang politik semasa.

Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata komitmen parti itu kini memenangi hati rakyat demi memastikan kejayaan gabungan parti yang diterajui Shafie.

“Tahniah kepada Ketua Menteri kerana berjaya mendapatka­n persetujua­n (perkenan) Yang Dipertua Negeri Sabah membubarka­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Kita fikir ini adalah tindakan yang sebaik-baiknya, (kerana) ada pihak yang tidak henti-henti ‘membeli’ wakil-wakil rakyat sehingga sekarang,” katanya.

Madius berkata demikian semasa ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, di sini, semalam, yang turut dihadiri oleh penyokong-penyokong UPKO.

Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat memerlukan pembelaan dan perkhidmat­an tetapi ‘ada pihak buat kacau’ justeru mengadakan pilihan raya adalah pilihan yang lebih baik.

“UPKO sudah bersedia untuk bersama-sama rakyat kerana kita sentiasa berhubung dengan akar umbi semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2018,” katanya.

Ditanya keyakinann­ya terhadap potensi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, beliau optimis dengan peluang UPKO bersama-sama gabungan parti lain.

Menurutnya, pada PRU Ke-14 ada calon bukan pilihan UPKO diletakkan susulan campur tangan pemimpin tertentu namun kali ini mereka berpeluang menentukan calon sendiri.

“Kami akan pilih yang terbaik untuk bertanding pada PRN,” katanya, sambil mengucapka­n selamat maju jaya kepada bekas wakil rakyat UPKO yang keluar parti baru-baru ini.

 ??  ?? SEDIA: Madius disambut penyokong UPKO sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur, semalam.
SEDIA: Madius disambut penyokong UPKO sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia