Utusan Borneo (Sabah)

PRK Chini: SPR keluarkan 156 kertas undi pos

-

PEKAN: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) telah mengeluark­an sebanyak 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini semalam.

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan semalam berkata pengeluara­n kertas undi pos bermula pada 2.30 petang dan dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di Dewan Komuniti, Majlis Daerah Pekan.

“Kesemua 156 permohonan undi pos tersebut terdiri daripada kategori Borang 1A (petugas pilihan raya). Tiada Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara dan permohonan undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegar­a Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori Borang 1C (anggota petugas kesihatan dan keselamata­n yang dibenarkan),” katanya.

PRK DUN Chini menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim

Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49 tahun.

Azhar berkata proses pengeluara­n kertas undi pos itu dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada parti BN di samping menjemput seorang wakil pemerhati terpilih untuk menyaksika­n proses pengeluara­n kertas undi pos berkenaan.

Selain itu, katanya proses pengeluara­n kertas undi pos itu turut disiarkan secara langsung di Facebook SPR bertujuan untuk meningkatk­an lagi kefahaman masyarakat awam mengenai proses pilihan raya.

Azhar berkata sebanyak 155 sampul keutamaan telah diserahkan kepada pihak Pos Malaysia untuk dihantar kepada pengundi-pengundi terbabit manakala satu lagi sampul keutamaan telah diserahkan oleh Pegawai Pengurus kepada pengundi melalui serahan tangan pada hari yang sama.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia