Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri ditahan tanam pokok ganja

-

KEPALA BATAS: Polis menahan sepasang suami isteri serta seorang rakan lelaki mereka di tiga lokasi berasingan di daerah Seberang Perai Utara (SPU), Khamis lalu, selepas disyaki menanam pokok ganja di dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 21 sehingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan selepas dikesan pihak polis sejak seminggu lepas.

Katanya, polis merampas empat pokok ganja setinggi 30, 35, 58 dan 70 sentimeter yang kesemuanya bernilai kira-kira RM800.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati mereka telah melakukan aktiviti menanam (pokok ganja) sejak Februari lepas dan semakin aktif ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di sini, semalam.

Noorzainy berkata suspek mula belajar menanam pokok ganja melalui saluran YouTube dengan niat menjual pokok ganja pada harga RM200 satu pokok untuk pasaran tempatan namun gagal selepas dicekup polis.

Beliau berkata dalam serbuan pertama di Pangsapuri Aked pada jam 9.40 malam, polis menahan suspek wanita, berusia 21 tahun dan merampas satu pokok ganja, manakala suami suspek berusia 26 tahun diberkas di tepi jalan pantai di Butterwort­h pada jam10.10 malam.

“Serbuan terakhir dilakukan di Pangsapuri Sri Bagan pada jam 11 malam berjaya menahan suspek lelaki berusia 28 tahun bersama tiga pokok ganja,” kata Noorzainy.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Noorzainy (tengah) menunjukka­n empat batang pokok ganja semasa mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara dekat Kepala Batas, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Noorzainy (tengah) menunjukka­n empat batang pokok ganja semasa mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara dekat Kepala Batas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia