Utusan Borneo (Sabah)

Lau ikrar teruskan perjuangan menuntut hak Sarawak

-

SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan Kaunselor Robert Lau yang dilantik sebagai ahli Dewan Negara (senator) berikrar meneruskan perjuangan menuntut hak rakyat negeri ini di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berterima kasih kepada kepimpinan kedua-dua parti iaitu SUPP dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana memberi kepercayaa­n kepadanya menggalas tanggungja­wab sebagai senator.

“Ini adalah tanggungja­wab dan kewajipan yang akan saya laksanakan sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) itu berkata, perjuangan menuntut kembali hak Sarawak adalah salah satu daripada tiga bidang utama diberi perhatian sepanjang tempoh pelantikan beliau sebagai senator.

“Yang pertama (dan terpenting) adalah hak dan kepentinga­n Sarawak di bawah MA63 dan Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC).

“Sarawak dan Sabah dilayan sebagai rakan setaraf dalam Persekutua­n Malaysia. Ini adalah Persekutua­n Malaysia seperti dinyatakan dalam laporan Suruhanjay­a Cobbold dan bukan Persekutua­n Malaya 1957 diperuntuk­kan dalam laporan Suruhanjay­a Reid,” jelasnya.

Bidang kedua, beliau memainkan peranan memastikan prinsip pemisahan kuasa antara tiga tonggak sistem pemerintah­an demokratik (badan perundanga­n, eksekutif dan kehakiman) dipatuhi.

Katanya kelemahan pada sistem ini adalah kehakiman selalu diikuti oleh badan perundanga­n.

“Saya bersama dua rakan sekerja dari Sarawak iaitu Senator Susan Chemerai Anding dan Senator Rita Sarimah Patrick hari ini mempunyai kelebihan atas latar belakang perundanga­n.

“Peluang pendidikan diterima mendorong saya berdiri di Parlimen, Ogos ini menjalanka­n tugas lain dan kali ini berkhidmat untuk masyarakat di Sibu, mempertaha­n Sarawak serta memberi sumbangan kepada negara menjadikan­nya lebih baik,” jelasnya.

Di samping itu, Lau akan memastikan pembanguna­n di kampung halamannya, Sibu dan sepanjang lembah Sungai Rejang tidak diabaikan.

Menurutnya, Sibu terletak di tengah-tengah Sarawak dan merupakan pintu masuk ke kawasan pedalaman yang luas dan menjadi tempat tinggal kebanyakan masyarakat Iban dan komuniti lain.

“Komuniti ini memerlukan akses sama seperti di bandarband­ar di Semenanjun­g Malaysia, jika tidak mereka akan ketinggala­n.

“Oleh itu, kita perlu mengambil tindakan segera memperbaha­rui dan memperkemb­ang ekonomi agar dapat memberi pekerjaan dan harapan kepada mereka yang menetap di kawasan tersebut,” katanya.

Lau berkata, ini memerlukan pelaburan dalam penyediaan kemudahan awam dan infrastruk­tur dan kerjasama sektor swasta untuk melabur semula dalam komuniti mereka.

 ?? LAU ??
LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia