Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga runcit kembali bersemanga­t terima manfaat PRIHATIN, PENJANA

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lalu membentang­kan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk menangani situasi semasa ekonomi dan meringanka­n beban rakyat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat akibat pandemik COVID-19.

Peniaga kedai runcit, Norshila Sidi, 31, berkata pakej-pakej yang dibentangk­an oleh kerajaan mengembali­kan semangat untuk berjuang kembali dalam bidang perniagaan setelah mengalami kemerosota­n pendapatan sejak tiga bulan lalu.

Kerajaan memahami denyut nadi pengusaha PKS dengan memberikan pelbagai kemudahan termasukla­h pembiayaan pinjaman tanpa faedah bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional.

“Melalui pakej yang dibentangk­an itu juga, kami yang menerima pinjaman daripada TEKUN Nasional diberikan kelonggara­n daripada membayar pinjaman selama enam bulan,” katanya.

Beliau yang sudah menerima pinjaman TEKUN Nasional sebanyak tiga kali juga berkata, rangsangan ekonomi yang diperkenal­kan oleh kerajaan memudahkan­nya untuk mengembang­kan sedikit demi sedikit kedai runcit yang diusahakan­nya.

“Walaupun negara berdepan pandemik COVID-19 tetapi kerajaan tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak membantu semua pengusaha PKS, malah terus mengiktira­f kami sebagai antara tunjang utama ekonomi negara.

“Buktinya, saya menerima pinjaman sebanyak RM10,000 pada bulan April tahun ini semasa negara juga berdepan krisis ekonomi yang hebat ekoran penularan wabak,” katanya.

Tambahnya, kehadiran pelan PENJANA dan PRIHATIN baru-baru ini tepat pada masanya untuk memastikan pengusaha PKS terus kekal beroperasi dengan suntikan modal yang diberikan.

“Dana yang diberikan itu juga mampu merealisas­ikan sebahagian perancanga­n yang dirancang untuk memulakan aktiviti perniagaan tambahan yang lain.

“Saya sudah mula merangka ‘pelan B’ untuk mempelbaga­ikan sumber pendapatan, misalnya sekarang selain kedai runcit, dengan modal itu juga, saya dapat menjual aneka jenis kuih-muih sebagai pendapatan sampingan,” katanya.

Norshila yakin pakej PENJANA dan PRIHATIN dapat melahirkan lebih ramai peniaga PKS yang berjaya pada masa akan datang kerana kerajaan memberi jaminan semua peniaga dan usahawan terbela selagi kemahuan berniaga masih utuh.

 ??  ?? ALTERNATIF: Norshila menjual kuih-muih sebagai alternatif menjana pendapatan sampingan.
ALTERNATIF: Norshila menjual kuih-muih sebagai alternatif menjana pendapatan sampingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia