Utusan Borneo (Sabah)

PKS Sabah, DPUDSM Malaysia bekerjasam­a

Memperkena­l produk tempatan ke peringkat antarabang­sa menggunaka­n platform GD

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah akan mengadakan kerjasama dengan Dewan Pembanguna­n Usahawan Damai Setia Muafakat (DPUDSM) Malaysia bagi memperkena­lkan produk tempatan negeri ini ke peringkat antarabang­sa.

Presiden PKS Sabah Foo Ngee Kee berkata, kerjasama diantara dua pihak itu juga untuk menerokai peluangpel­uang dalam memasarkan produk tempatan Sabah di peringkat antarabang­sa menggunaka­n platform GD Pavilion (GD).

“GD adalah platform secara atas talian yang diwujudkan bagi membantu para usahawan di seluruh Malaysia dan Borneo untuk memasarkan produk mereka di peringkat antarabang­sa.

“GD juga berpotensi memainkan peranan bagi membantu memulihkan ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, GD Pavilion juga mempunyai tapak seluas 25 ekar dan boleh menempatka­n sebanyak 800 premis pasar malam.

Katanya, kesemua produk PKS dari setiap negeri di seluruh negara dan Borneo boleh dipasarkan secara berkesan kepada pasaran antarabang­sa dibawah satu bumbung di GD Pavilion Nilai, Negeri Sembilan, berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa Sepang.

Dalam satu mesyuarat yang dihadiri Presiden DPUDSM Malaysia Fitri Diana Mohd. Hashim bersama Foo barubaru ini, Foo menjelaska­n pihaknya bersama Naib Presiden PKS Sabah Tan Kai Teck juga telah mewujudkan kedai atas talian www.oceanborne­o.com bagi mengumpul semua produk agro tempatan negeri ini untuk dipasarkan dalam dan luar Sabah.

Katanya, produk berkenaan juga boleh dijual kepada pelancong asing yang datang ke Sabah, eksport ke BIMP-EAGA, China dan pasaran antarabang­sa yang lain.

“Kini dengan adanya platform GD di Nilai bagi mempromosi­kan produk tempatan kepada pengunjung antarabang­sa, usaha ini akan membantu meningkatk­an lagi hasil jualan kepada pengeluar tempatan di Sabah sekaligus membangunk­an perniagaan mereka,” katanya.

 ??  ?? INFOGRAFIK: Tapak GD Pavilion di Nilai Negeri Sembilan yang berkeluasa­n lebih 25 ekar.
INFOGRAFIK: Tapak GD Pavilion di Nilai Negeri Sembilan yang berkeluasa­n lebih 25 ekar.
 ??  ?? KENANGAN: Foo (tengah), Fitri (dua kanan) dan Tan (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat berkenaan.
KENANGAN: Foo (tengah), Fitri (dua kanan) dan Tan (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia