Jaringan Benzema, sentuhan Asensio bawa kemenangan
Real Madrid menang selesa 3-0 ke atas Valencia pada aksi perlawanan La Liga yang berlangsung di Stadium Stefano
“Ia adalah usaha gigih selama berbulan-bulan dan saya gembira kerana dapat bermain semula dan menjaringkan ” gol. Marco Asensio Pemain Real Madrid
MADRID: Rembatan Karim Benzema mungkin jaringan terbaik dalam La Liga pada musim ini dan gol Marco Asensio merupakan sentuhan pertamanya dalam tempoh lebih setahun apabila Real Madrid menewaskan Valencia 3-0 kelmarin.
Dua jaringan cantik membantu Madrid mencatatkan kemenangan yang meyakinkan di Stadium Alfredo di Stefano yang kosong, di mana Benzema meneruskan prestasinya yang cemerlang dengan dua jaringan.
Valencia bermain dengan lebih baik pada separuh masa pertama apabila cubaan Rodrigo Moreno terkena tiang gol dan kemudian menyaksikan satu jaringan dibatalkan kerana ofsaid selepas pengadil Jose Sanchez meneliti VAR.
Namun Madrid menjumpai gear lain selepas waktu rehat untuk melakar kemenangan meyakinkan yang mengurangkan defisit mereka kepada dua mata di belakang Barcelona, yang bermain di Sevilla semalam.
Gol kedua Benzema yang cantik dan menyaksikannya mengawal bola tinggi dengan sebelah kaki dan kemudian merembat masuk dengan kaki sebelah lagi adalah saat menakjubkan yang berlaku sejurus selepas jaringan yang dramatik juga dari Asensio.
Asensio tidak bermain sejak 10 Jun tahun lepas setelah mengalami kecederana ligamen krusiat belakang tetapi pemain berusia 24 tahun itu mengumumkan kepulangannya dengan bergaya apabila dia merembat masuk gol dengan sentuhan pertamanya, 31 saat selepas dimasukkan.
“Ia adalah usaha gigih selama berbulan-bulan dan saya sangat gembira kerana dapat bermain semula dan menjaringkan gol,” katanya kemudian.
“Saya rasa begitu emosi, puas hati. Banyak usaha telah dibuat untuk ini.”
“Ia amat bermakna baginya,” kata jurulatih Zinedine Zidane.
Namun dengan sembilan perlawanan lagi berbaki dalam perebutan kejuaraan, Benzema nampak penting, khususnya selepas gandingannya dengan Hazard yang sedang bangkit terus berkembang.
Ini merupakan jaringannya yang ke-243 untuk Real Madrid dalam semua pertandingan, meletakkannya di atas Ferenc Puskas di tempat kelima dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab.
“Jaringan Benzema benarbenar menakjubkan,” kata Zidane.
“Voley itu, cara bola jatuh, dengan kaki kirinya. Saya gembira untuknya.”
Selepas bermula dengan mantap, Madrid pudar dan Valencia bermain dengan mantap. Cubaan mereka terkena tiang gol apabila hantaran Maxi Rodriguez melepaskan Rodrigo, tetapi rembatannya dilencongkan oleh hujung cari Thibaut Courtois.
Valencia kemudian menyangka mereka sudah menjaringkan gol apabila hantara Carlos Soler ke tiang belakang menewaskan Maxi dan juga pemain yang menjaganya Raphael Varane untuk menemui Rodrigo, yang menolak bola ke dalam gawang.
Namun VAR meyakinkan Sanchez bahawa tumit Maxi sudah ofsaid dan bola juga terkena kakinya ketika ia menuju ke arah gol. Rodrigo menelentang telapak tangannya dengan rasa tidak percaya. Mereka bermain dengan lebih baik pada babak kedua, dengan kawalan yang lebih. Kevin Gameiro dimasukkan untuk Valencia dan sentuhan pertamanya ternyata mahal, hantaran longgar kepada Hazard yang melepaskan Madrid. Hazard membuat hantaran satu dua dengan Luka Modric dan menolak bola ke dalam untuk disudahkan oleh Benzema. Asensio dimasukkan pada minit ke-74 selepas berpeluk dan senyum bersama Zidane. Sentuhan pertamanya ternyata hebat sekali apabila Ferland Mendy menewaskan Daniel Wass ke garisan dan melakukan hantaran tinggi ke belakang kepada rakannya, yang merembat volet cantik ke dalam jaring dengan kaki kirinya.
Real Madrid menang 3-0 ke atas Valencia pada aksi La Liga yang berlangsung di Stadium Stefano