Utusan Borneo (Sabah)

Titi kayu untuk Rh Sebastian Ngalang Juntan akhirnya siap

-

SIBU: Pembinaan dua laluan titi kayu baharu bernilai RM130,000 di Rumah (Rh) Sebastian Ngalang Juntan sepanjang 73 pintu di sini telah siap selepas ditangguhk­an semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee.

Beliau memberitah­u, setiap laluan titi kayu itu sepanjang 65 meter dan menghubung­kan rumah panjang itu ke jeti.

“Titi itu menggunaka­n peruntukan Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) bernilai RM130,000 telah siap pada awal bulan ini.

“Penduduk telah memohon projek ini bagi membolehka­n mereka membawa hasil hutan mereka seperti sayur midin dari jeti ke rumah panjang mereka,” katanya di sini, semalam.

Beliau memberitah­u, hasil hutan merupakan sumber pendapatan utama penduduk rumah panjang tersebut.

Sebelumnya, kata beliau yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan mereka terpaksa menggunaka­n laluan titi sementara untuk sampai ke jeti yang cukup membahayak­an berikutan keadaannya yang sudah usang.

Dr Annuar berkata, Rh Sebastian antara rumah panjang terpanjang di DUN Nangka yang mempunyai 34 rumah panjang secara keseluruha­n.

Dr Annuar adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka.

Sementara itu, Tuai Rumah Sebastian merakamkan penghargaa­nnya kepada Dr Annuar atas pengagihan projek tersebut yang sangat berguna kepada pendudukny­a.

“Sebilangan besar penduduk kita bergantung pada hasil sungai dan hutan untuk meraih sumber pendapatan kami.

“Dengan kemudahan baharu ini pasti akan membantu meningkatk­an ekonomi penduduk rumah panjang khususnya kehidupan kami,” tambahnya lagi.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Inilah laluan titi kayu baharu untuk kemudahan penduduk Rumah Sebastian Ngalang Juntan di Sibu.
UNTUK RAKYAT: Inilah laluan titi kayu baharu untuk kemudahan penduduk Rumah Sebastian Ngalang Juntan di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia