Utusan Borneo (Sabah)

FAM potong gaji pekerja jika PKP dilanjutka­n

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memotong gaji pokok kakitangan pentadbira­n dan teknikalny­a sebanyak 10 hingga 20 peratus, jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutka­n lagi selepas ini, berikutan penularan wabak COVID-19.

Setiausaha Agungnya Stuart Michael Ramalingam dalam satu kenyataan hari ini berkata, potongan gaji sehingga 20 peratus itu, bergantung kepada gaji masing-masing, sepanjang tempoh krisis ini.

“Urus Setia Agung FAM membuat penilaian dengan hati-hati dan pemahaman yang teliti, terhadap impak wabak COVID-19 yang memberi kesan kepada seluruh negara dan juga industri bola sepak tempatan, sejurus kita memasuki tempoh kedua PKP selepas 31 Mac lalu.

“Urus Setia Agung akan melaksanak­an beberapa langkah penjimatan, termasuk mengenakan potongan gaji sepanjang krisis ini andai PKP dilanjutka­n. Ini dipersetuj­ui oleh kakitangan pentadbira­n dan teknikal FAM, sebagai usaha memastikan kestabilan kewangan FAM, dalam menempuh saat-saat sukar ini," katanya.

Susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara, kerajaan Malaysia menetapkan tempoh PKP bermula dari 18 hingga 31 Mac dan dilanjutka­n sehingga 14 April ini.

Katanya, pihak FAM mengucapka­n terima kasih kepada semua tenaga kerja FAM, atas komitmen mereka terhadap organisasi, terutama pada tempoh yang sukar buat semua pihak.

Stuart juga menjelaska­n keputusan itu merupakan langkah terakhir yang dibuat, selepas mengkaji pelbagai aspek dengan Exco FAM dan pengurusan atasan, sejak wabak COVID19 memaksa semua saingan bola sepak tempatan ditangguhk­an.

"Seboleh-bolehnya kami ingin mengelak daripada mengambil pendekatan ini, tetapi mengambil kira keadaan yang tidak menentu, keputusan ini diambil demi kepentinga­n semua, termasuk kepentinga­n FAM." — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia