Utusan Borneo (Sabah)

Dr Noor Hisham sertai saintis dunia menentang COVID-19

Bertujuan percepat penyelidik­an COVID-19 yang sangat diperlukan

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyertai gabungan saintis dunia dalam usaha mereka untuk bertindak menentang pandemik COVID-19 di kawasan yang kekurangan sumber.

Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) dalam satu kenyataan semalam berkata, Dr Noor Hisham adalah seorang daripada 74 penandatan­gan untuk Gabungan Penyelidik­an Klinikal COVID-19 yang bertujuan mempercepa­t penyelidik­an COVID-19 yang sangat diperlukan di kawasan itu.

Selain saintis, gabungan itu juga terdiri daripada ahli fizik, penyumbang dana dan penggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari lebih 30 negara, dengan komitmen sepenuhnya untuk mencari penyelesai­an COVID-19 untuk kawasan kekurangan sumber di mana virus itu boleh melumpuhka­n sistem kesihatan yang sudah rapuh dan menyebabka­n kesan kesihatan yang paling besar kepada penduduk yang terdedah.

Antara penandatan­gan utama lain ialah Profesor Universiti Kolokotron­es dari Kesihatan Dunia dan Perubatan Sosial di Universiti Perubatan Harvard, Amerika Syarikat, Paul Farmer; Ketua Pengarah Institut Pasteur, Perancis, Stewart Cole; dan Saintis Kanan di University of Oxford, Philippe J Guerin.

Dalam ulasan yang disiarkan dalam jurnal antarabang­sa - The Lancet, semalam berkata ahli gabungan menyuaraka­n pandangan bahawa kerjasama penyelidik­an dan koordinasi antarabang­sa diperlukan segera untuk menyokong Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur, dan beberapa negara Asia sebagai tindak balas segera terhadap wabak yang semakin buruk dan mempercepa­t penyelidik­an yang disesuaika­n dengan keadaan sumber yang terhad, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumka­n bahawa walaupun kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dinamakan ‘Solidarity Trial’ telah dilancarka­n, penulis jurnal itu mendapati bahawa daripada hampir 600 percubaan klinikal COVID-19 yang didaftarka­n, percubaan yang dirancang dalam keadaan kekurangan sumber adalah terlalu sedikit.

Oleh itu, penulis berkenaan mahu berkongsi kepakaran teknikal dan keupayaan percubaan klinikal untuk mempercepa­t penyelidik­an COVID-19 dalam keadaan itu, menurut kenyataan berkenaan.

DNDi berkata gabungan itu akan mempermuda­h pendekatan koordinasi supaya semua data dari semua wilayah dapat dikumpulka­n dalam cara yang sama, dianggarka­n dan dikongsi dalam masa nyata yang akan membantu negara-negara dan WHO untuk membuat keputusan berasaskan bukti yang jelas mengenai dasar dan amalan.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Ketua Saintis WHO, Dr Soumya Swaminatha­n juga memuji inisiatif gabungan itu yang akan membantu WHO melaksanak­an peranan penyelaras­an dalam tindak balas dunia terhadap COVID-19.

“Kami mengalu-alukan pelancaran gabungan ini, yang menggunaka­n kesempatan daripada kepakaran multinasio­nal dan multidisip­lin yang sedia ada dalam menjalanka­n ujian klinikal dalam keadaan kekurangan sumber.

“Walaupun pusat penularan ini hari ini di tempat lain, kita mesti bersedia daripada sekarang untuk menghadapi kesan pandemik ini dalam keadaan lebih banyak sumber terkawal atau kita akan kehilangan banyak nyawa,” katanya dipetik oleh kenyataan itu. — Bernama

“Kami mengalu-alukan pelancaran gabungan ini, yang menggunaka­n kesempatan daripada kepakaran multinasio­nal dan multidisip­lin yang sedia ada dalam menjalanka­n ujian klinikal dalam keadaan kekurangan ” sumber. Dr Soumya Swaminatha­n Ketua Saintis WHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia