Utusan Borneo (Sabah)

Perodua sertai usaha melawan COVID-19, sumbang RM2 juta, bekalan perubatan

-

KUALA LUMPUR: Perodua turut menyertai usaha melawan wabak COVID-19 dengan menyumbang RM2 juta kepada Tabung COVID19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Selain sumbangan tunai, Perodua juga telah menyumbang 150 tilam, 200 bantal, 105 kotak air mineral, 15 kipas industri dan 300 pasang kasut getah kepada Hospital Sungai Buloh untuk membantu perjuangan menentang pandemik ini.

“Perjuangan menentang COVID-19 ini adalah tanggungja­wab yang dipikul kita semua. Sumbangan bekalan dan tunai oleh Perodua merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membantu Malaysia dapat pulih secepat mungkin,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Dato’ Zainal telah menyampaik­an sumbangan tunai kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri semalam.

Menurut laporan media, Tabung COVID-19 NADMA dilancarka­n oleh Perdana Menteri pada 11 Mac 2020 bagi menolong rakyat yang paling memerlukan bantuan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang bermula 18 Mac 2020.

Berdasarka­n laporan, kumpulan sasaran tabung ini termasuk mereka yang tiada pekerjaan serta yang paling terkesan akibat MCO.

Kerajaan juga telah memperkena­lkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat baru-baru ini.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas langkah-langkah ini. Perodua, bersama dengan seluruh rakyat Malaysia, berharap pandemik ini akan selesai dalam masa yang terdekat; juga dengan bilangan kes serta kematian yang minimum. Kami juga mengucapka­n takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang akibat COVID-19,” kata Dato’ Zainal.

“Bagi Perodua, kami telah mengarahka­nsemuakaki­tangan, pembekal automotif tempatan dan pengedar sah kami untuk memberitum­puankepada­keperluan dan kebajikan kakitangan mereka semasa MCO ini.

“Kami juga sedang memantau kesan wabak ini ke atas ekosistem kami serta memastikan gaji, faedah kerja dan pekerjaan warga Perodua terjaga. Kami komited untuk mengamalka­n penjarakan sosial seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk membendung penyebaran virus ini.

“Kepada para pelanggan kami secara khusus dan semua rakyat Malaysia umumnya, teruskan tinggal di rumah dan amalkan gaya hidup sihat,” kata Dato’ Zainal.

 ??  ?? AMALAN MULIA: Zainal (kiri) menyerahka­n replika cek bernilai RM2 juta kepada Muhyiddin untuk Tabung COVID-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara.
AMALAN MULIA: Zainal (kiri) menyerahka­n replika cek bernilai RM2 juta kepada Muhyiddin untuk Tabung COVID-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara.
 ??  ?? BANTERAS COVID-19: Perodua turut menyumbang kelengkapa­n lain yang diperlukan di Hospital Sungai Buloh dalam usaha melawan COVID-19.
BANTERAS COVID-19: Perodua turut menyumbang kelengkapa­n lain yang diperlukan di Hospital Sungai Buloh dalam usaha melawan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia