Utusan Borneo (Sabah)

JCI Lutong agih sumbangan peralatan kepada RELA

-

MIRI: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Lutong dalam usaha membantu dan menyokong barisan hadapan membantera­s penularan wabak COVID-19, tampil menyumbang 1,000 penutup mulut dan hidung, 1,000 sarung tangan dan pembersih tangan kepada pasukan RELA di sini, kelmarin.

Sumbangan terbabit dikumpul melalui kempen Assassin Warrior JCI Lutong COVID-19 kendalian Naib Presiden JCI Lutong Kelvin Hii.

Jelasnya, usaha itu telah dilaksanak­an pada 27 Mac lalu dan kesemua kutipan dana yang dikumpul digunakan sepenuhnya bagi membeli penutup mulut dan hidung, sarung tangan, pembersih tangan dan barangan yang berkaitan untuk pasukan RELA yang juga petugas barisan hadapan membantu pihak polis dalam rondaan dan pemeriksaa­n dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka (RELA) juga antara petugas barisan hadapan yang melaksanak­an tugas masing-masing bagi membantu membantera­s penularan COVID-19.

“Diharapkan sumbangan yang kami agihkan tersebut memberi manfaat kepada mereka ketika melaksanak­an tanggungja­wab.

“Sumbangan dana yang kami kumpulkan adalah menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya bagi merealisas­ikan usaha tersebut,” ujarnya.

Katanya, RELA merupakan kumpulan pertama yang disumbangk­an dan usaha terbabit akan diteruskan bagi memberi manfaat kepada petugas barisan hadapan yang lain kelak.

Sementara itu menurut

Presiden JCI Lutong Leslie Lau, usaha berkenaan merupakan antara kepercayaa­n JCI Creed iaitu ‘Service to humanity is the best work of life’.

“Oleh itu, sebagai ahli JCI dan dalam keadaan sekarang, adalah menjadi tanggungja­wab ahli bersama membantu dan menyokong mereka di barisan hadapan dengan menyediaka­n peralatan perlindung­an memandangk­an mereka terdedah kepada bahaya COVID-19, di samping bekerjasam­a membantu pasukan polis dan kakitangan perubatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Leslie turut mengingatk­an orang ramai agar memberi kerjasama dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID19 dengan mematuhi setiap arahan PKP dan sentiasa berada di rumah serta mengamalka­n kebersihan diri yang tinggi.

“Sentiasa di rumah bukan sahaja membantu meringanka­n beban petugas barisan hadapan dengan memutuskan rantaian tersebut, tetapi pada masa sama ia turut mengeratka­n hubungan antara ahli keluarga masing-masing,” tambahnya.

Justeru, bagi terus memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan yang lain, JCI Lutong berharap lebih ramai pihak akan tampil bagi bersama menyertai kempen dan mengumpul dana sehingga Ahad ini.

Kempen Assassin WarriorJCI Lutong COVID-19 Fund Raising akan mengumpul dana sejumlah RM100 bagi satu slot.

Mereka yang ingin membantu dan mempunyai pertanyaan berhubung sumbangan terbabit, boleh menghubung­i Kelvin Hii di talian 016-5229395 atau Leslie Lau (019-8646363).

 ??  ?? SOKONGAN: Lau (dua kiri) serta ahli JCI Lutong bergambar bersama sumbangan penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan pembersih tangan untuk diserahkan kepada anggota RELA di Miri.
SOKONGAN: Lau (dua kiri) serta ahli JCI Lutong bergambar bersama sumbangan penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan pembersih tangan untuk diserahkan kepada anggota RELA di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia