Utusan Borneo (Sabah)

Kehlani muncul dengan lagu putus cinta selepas Hari Kekasih

-

SEGALANYA adil dalam cinta dan striming: penyanyi R&B Kehlani menerangi media sosial pada hujung minggu lepas dengan sebuah lagu marah yang dipercayai memperinci­kan hubunganny­a yang sudah putus dengan penyanyi rap YG.

Dia menyampaik­an lagu baharu ‘Valentine’s

Day (Shameful)’ yang membuat dakwaan tentang kecurangan hanya beberapa hari sahaja selepas dia mengeluark­an kolaborasi berlainan dengan buah hatinya itu bertajuk ‘Konclusion­s’, yang melakar gambaran yang jauh lebih indah mengenai hubungan mereka yang mereka sudah sahkan sejak musim luruh lalu.

Lagu terbaharu merupakan satu senarai yang memperinci­kan kesilapan seorang teman – seperti YG – selain rangkap tentang isu ketagihan.

“I’d say your name but you don’t deserve recognitio­n (Nah) / You played the hero but you really are the villain,”

Kehlani, 24, bernyanyi dalam ‘Valentine’s

Day’.

“There ain’t a bone in me that wants to spare your feelings

(Ah) / You called me crazy, but it was my intuition.”

Dalam tweet yang kini sudah dipadamkan, penyanyi California itu – yang menjadi masyhur kerana lagu ‘mixtape’ yang dicalonkan untuk anugerah Grammy ‘You

Should Be Here’ – telah menjawab kepada seorang peminat yang menasihatk­annya untuk meninggalk­an YG dengan menyatakan

“i’m single luv.”

Dalam lagu baharu itu, Kehlani mengakui memeriksa telefon YG dan membuat dakwaan tentang kecurangan.

Kehlani mengeluark­an album studio sulungnya ‘SweetSexyS­avage’

pada Januari 2017, dan baru-baru ini menyumbang suaranya kepada sebuah lagu Justin Bieber dalam rekod terbaharu penyanyi pop sensasi itu.

Lagu-lagu popular penyanyi rap YG termasuk ‘Who Do You Love?’, yang memaparkan Drake, dan ‘Toot It and Boot It’ yang memaparkan Ty Dolla Sign. — AFP

 ??  ?? *tertakluk kepada pindaan
*tertakluk kepada pindaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia