Utusan Borneo (Sabah)

Tune Protect, SalamAir bekerjasam­a tawar manfaat perlindung­an perjalanan

-

KUALA LUMPUR: Tune Protect Commercial Brokerage LLC (Tune Protect EMEIA) telah memeterai kerjasama strategik dengan syarikat penerbanga­n tambang rendah pertama Oman, SalamAir membabitka­n tawaran manfaat perlindung­an perjalanan.

Produk khusus untuk pelanggan SalamAir meliputi manfaat kemalangan peribadi, elaun hospital, pemindahan perubatan kecemasan dan penghantar­an balik, kesulitan perjalanan dan manfaat lain berkaitan perjalanan.

“Sejajar aspirasi untuk menjadi syarikat peneraju insurans digital, kami sentiasa berusaha mengenal pasti rakan kongsi strategik bagi menawarkan perlindung­an perjalanan digital,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Group Khoo Ai Lin dalam kenyataan, kelmarin.

Menurutnya, menerusi kerjasama itu, penumpang dari kawasanEME­IA(Eropah,Timur Tengah, India dan Afrika) akan mendapat manfaat pengalaman ditawarkan syarikat penerbanga­n dengan pilihan bagasi tambahan, tempat duduk serta makanan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar EMEIA Tune Protect, Arijit Munshi berkata teknologi Tune Protect EMEIA bagi kemudahan program perlindung­an perjalanan merentasi rangkaiann­ya, juga memberi keselesaan untuk pelanggan.

Pada masa ini, SalamAir mengendali­kan tiga pesawat jenis Airbus A320 dan lima Airbus A320Neo yang menjadikan­nya syarikat penerbanga­n pertama Oman menggunaka­n pesawat bercirikan kemudahan susun stur tempat duduk satu laluan tersebut.

SalamAir beroperasi ke destinasi domestik seperti Muscat, Salalah dan Sohar selain lokasi antarabang­sa Abu Dhabi, Dubai, Bahrain, Kuwait, Doha, Jeddah, Riyadh, Istanbul, Alexandria, Khartoum, Multan, Karachi, Dhaka, Kathmandu serta Phuket. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia