Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar China di Malaysia disaring, negatif COVID-19

Mereka perlu melalui saringan mengikut SOP yang ditetapkan: TPM

-

PUTRAJAYA: Semua pelajar warga China yang baru tiba di Malaysia telah disaring dan didapati negatif COVID-19, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata pelajar warga China perlu melalui saringan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kecuali mereka yang sudah berada di Malaysia lebih dari 14 hari.

“Setiap pelajar (China) mesti melalui saringan dan jika tidak bergejala diletakkan di bawah pengawasan di rumah. Kalau mereka bergejala (selepas itu) ada talian penting yang boleh mereka hubungi,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Peringkat Tinggi berhubung kluster penyakit COVID-19, di sini, semalam.

Dr Wan Azizah berkata ketika ini terdapat 11,000 pelajar warga China di negara ini.

Kementeria­n Pendidikan (KPM) juga telah menubuhkan Jawatankua­sa Pengurusan Kluster COVID-19 yang beroperasi di Bahagian Education Malaysia (BEM), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), kata beliau.

Menurut Dr Wan Azizah, semua 20 universiti awam dan 17 institusi pengajian tinggi swasta juga telah membangunk­an SOP bagi menangani penularan COVID-19 termasuk Xiamen Universiti Malaysia yang mempunyai ramai pelajar dari China.

Bagi pelajar Malaysia di China pula, katanya, Education Malaysia Beijing (EMB) dengan kerjasama persatuanp­ersatuan pelajar Malaysia di negara itu telah membangunk­an Papan pemuka

“Setiap pelajar (China) mesti melalui saringan dan jika tidak bergejala diletakkan di bawah pengawasan di rumah. Kalau mereka bergejala (selepas itu) ada talian penting yang boleh ” mereka hubungi.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

Pengurusan Pelajar Seberang Laut COVID-19 bagi membantu memantau keberadaan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di China.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata proses saringan terhadap rakyat Malaysia atau mana-mana individu yang melawat atau pulang dari China akan diperketat­kan melalui saringan suhu badan dan ujian swab.

“Kalau tidak bergejala mereka akan dihantar balik untuk pengawasan di rumah atau kuarantin kendiri. Kalau positif akan terus dibawa ke hospital. Keputusan ujian swab tu boleh diperolehi dalam tempoh lima jam,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan menyekat kemasukan semua pelancong dari China selama sebulan, Dr Wan Azizah berkata perkara itu ada dibincangk­an tetapi mesyuarat semalam memutuskan tiada keperluan untuk berbuat demikian lagipun saringan terhadap sesiapa sahaja dari China telah diperketat­kan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin dilaporkan berkata mesyuarat kabinet pada Rabu ada membincang­kan cadangan untuk melarang pelancong dari China buat sementara waktu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESYUARAT: Dr Wan Azizah (tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat Khas High Level Committee Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat berhubung COVID-19 di Dewan Persidanga­n ICU Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (kanan) dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman (kiri).
— Gambar Bernama MESYUARAT: Dr Wan Azizah (tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat Khas High Level Committee Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat berhubung COVID-19 di Dewan Persidanga­n ICU Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (kanan) dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia