Utusan Borneo (Sabah)

Labuan sebagai pulau bandar pintar

Perbadanan Labuan lancar program Publisiti Awal Rancangan Pemajuan Labuan 2040

-

LABUAN: Wilayah Persekutua­n Labuan melancarka­n program Publisiti Awal Rancangan Pemajuan Labuan 2040 bagi menjadikan­nya sebagai pulau bandar pintar di negara ini.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Sri Haji Amir Hussien berkata, program itu adalah publisiti awal dan perbincang­an bersama kumpulan berkepenti­ngan yang menjadi proses pertama yang perlu dilaksanak­an dalam penyediaan kajian.

Katanya, ianya adalah satu mekanisma bagi mendapatka­n maklum balas serta pandangan dari orang awam dan pihak berkepenti­ngan terhadap Rancangan Pemajuan Labuan 2040 yang bakal disediakan.

“Labuan dijangka akan menjadi pulau bandar yang pintar yang mampu menawarkan perkhidmat­an bukan sahaja kepada penduduk tempatan bahkan kepada pelabur dan organisasi tempatan dan luar dari wilayah ini.

“Aspek kesaksamaa­n dalam kemajuan akan terus diberi perhatian kepada semua peringkat dalam komuniti bagi memastikan kekayaan alam semula jadi Labuan dikongsi bersama.

“Ianya juga adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada semua pihak berkepenti­ngan terhadap hak dan peranan mereka dalam menentukan arah tuju perancanga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n program Publisiti Awal Rancangan Pemajuan Labuan 2040 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, Rabu lalu.

Tambah Amir, dari semasa ke semasa, lebih banyak tumpuan dan cadangan memajukan Labuan telah dirancang.

Katanya, penyediaan Rancangan Pemajuan Labuan 2040 akan diselarika­n dengan Visi Pelan Induk Labuan 2030 iaitu menjadikan Labuan sebagai Pulau Bandar yang pintar dan mampan.

Jelas beliau, Rancangan

Pemajuan Labuan yang bakal diadakan kelak dijangka akan mewujudkan kesinambun­gan pembanguna­n Labuan sehingga tahun 2040 bagi memastikan Labuan maju membangun secara mampan dan makmur.

Tambah beliau, Perbadanan Labuan akan sentiasa positif dengan usul dan cadangan yang diutarakan dalam sama-sama memajukan Labuan dari pelbagai aspek ekonomi, teknologi, sosial, budaya dan alam sekitar.

“Manakala visi Perbadanan Labuan untuk menjadikan Labuan mampan dan sejahtera, dengan moto Mudah, Cepat dan Mesra dijangka dapat memudahkan semua proses pembanguna­n fizikal yang akan berlaku di Labuan berjalan lancar,” katanya.

Amir berkata kajian ini akan menghasilk­an dua dokumen utama iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang bakal menggarisk­an hala tuju pembanguna­n perancanga­n WP Labuan.

“Keterlibat­an semua pihak dari semua jabatan, agensi, pemimpin pemimpin masyarakat, penduduk Labuan secara langsung amat dialualuka­n dan diharapkan demi melihat pembanguna­n di WP Labuan memenuhi semua hasrat dan hajat penduduk tempatan,”tambah beliau.

Turut hadir Pengarah Pejabat Projek Zon Utara Planmalays­ia, Robi Desa, pegawai kanan Perbadanan Labuan, pegawai jabatan kerajaan, agensi swasta, pemimpin masyarakat dan wakil-wakil penduduk.

 ??  ?? RISALAH: Amir (tiga kiri) menunjukka­n risalah mengenai Labuan selepas Majlis Pelancaran Program Publisiti Awal Rancangan Pemajuan Labuan 2040 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, Rabu lalu.
RISALAH: Amir (tiga kiri) menunjukka­n risalah mengenai Labuan selepas Majlis Pelancaran Program Publisiti Awal Rancangan Pemajuan Labuan 2040 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia