Utusan Borneo (Sabah)

PENYAKIT POLIO TIADA UBAT

Namun boleh dicegah dengan kerjsama semua pihak

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sehingga kini tidak ada ubat khusus bagi menyembuhk­an kelumpuhan akibat kuman polio namun ia boleh dicegah dengan kerjasama semua pihak.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Frankie Poon berkata, langkah pencegahan boleh diambil dengan memberikan imunisasi polio kepada kanak-kanak berumur di bawah lima tahun.

“Hari ini kita berjaya memberikan imunisasi polio kepada 1,114 kanak-kanak, dan berharap angka ini akan meningkat lagi.

“Sejak kes pertama dikesan di Tuaran (8 Disember lalu) selepas 27 tahun negara bebas daripada penyakit berkenaan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah melaksanak­an pemberian imunisasi polio di seluruh negeri.

“Ia diberikan kepada kanak-kanak yang tercicir imunisasi dan belum diberikan imunisasi di kawasan lokasi kejadian serta berhampira­n bagi memastikan liputan imunisasi polio ditingkatk­an,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS) 2019/2020, di sini semalam.

Beliau berkata, kempen ini menyasarka­n kesemua kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah di kawasankaw­asan tertentu di Sabah diberikan imunisasi polio secara oral.

Katanya, kempen berkenaan seterusnya dapat memastikan jangkitan polio dihapuskan dan menjadikan Sabah dan Malaysia bebas daripada penyakit berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, kempen berkenaan dilancarka­n di Taman Telipok Ria dan ia akan diluaskan secara berfasa di seluruh negeri.

“Sasaran kita adalah menjelang bulan Jun 2020, kita berjaya memastikan setiap anak berumur di bawah lima tahun diberikan sebanyak dua dos imunisasi polio dengan selang empat minggu di antara dos pertama dan kedua.

“Pemberian imunisasi secara oral bukanlah pendekatan yang kita wujudkan tetapi seluruh dunia sememangny­a menggunaka­n cara sedemikian.

“Pemberian itu bagi memastikan Sabah tiada lagi penularan kes baharu polio seterusnya mendapatka­n semula pengiktira­fan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa Malaysia bebas daripada polio,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada seramai 118 sukarelawa­n dari pelbagai badan bukan kerajaan yang bersama-sama menjayakan kempen berkenaan di Taman Telipok Ria.

Katanya, semua pemimpin akar umbi di setiap daerah di Sabah diminta memberikan kerjasama penuh untuk menjayakan kempen berkenaan apabila ia diadakan di kawasan masing-masing nanti.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Frankie (tiga kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada sukarelawa­n yang bersama-sama menjayakan kempen berkenaan sambil disaksikan Christina (dua kanan).
TERIMA KASIH: Frankie (tiga kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada sukarelawa­n yang bersama-sama menjayakan kempen berkenaan sambil disaksikan Christina (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia