Utusan Borneo (Sabah)

Solskjaer gesa Manchester United kekalkan konsistens­i

Pasukan The Red Devils menang selesa 4-1 dengan menundukka­n Newcastle United dalam aksi EPL di Old Trafford

-

MANCHESTER, England: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menggesa pasukannya untuk menunjukka­n konsistens­i selepas dua gol Anthony Martial dan satu gol Mason Greenwood memastikan kemenangan 41 ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Khamis lepas.

United dimalukan 0-2 di kelab tercorot liga, Watford, minggu lepas untuk membangkit­kan persoalan terbaharu tentang keupayaan Solskjaer membangkit­kan inspirasi kepada pemainnya.

Apabila Matty Longstaff meletakkan Newcastle di hadapan dalam separuh masa pertama, pengkritik Solskjaer sudah bersedia untuk ‘menyerang’ sekali lagi.

Tetapi Martial menjadi penyelamat Solskjaer apabila menjaringk­an gol penyamaan sebelum rembatan kencang Greenwood meletakkan United di hadapan buat kali pertama dan gol Marcus Rashford memastikan United mendahului 3-1 pada masa rehat.

Martial melengkapk­an jaringan selepas rehat ketika United menamatkan dua perlawanan tanpa menang dalam liga dan naik ke tangga ketujuh liga, empat mata di belakang pasukan di tangga keempat, Chelsea, untuk saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara.

“Pemain bangkit dengan hebat sekali. Jadi kita akan lihat bagaimana mereka bermudian depan dengan beberapa pujian dan kemempunya iperlawana­n menentang Burnley dalam masa 48 jam nanti,” kata Solskjaer. “Ia adalah hari yang baik untuk kami. Sudah tentu anda melakukan kesilapan tetapi kami mempunyai 10 atau 15 minit di mana semuanya berhasil.” Kegagalan United untuk menyamai tahap permainan ketika menang di Manchester City pada perlawanan menentang Watford dan Everton, menyebabka­n perhatian kembali tertumpu kepada masa depan Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu menegaskan beliau masih mendapat sokongan dari pemilik kelab, keluarga Glazer tetapi beliau sememangny­a tidak mampu mengalami satu lagi kekalahan kepada lawan dari pertengaha­n liga seperti Newcastle.

Scott McTominay mencuba terlalu kuat untuk mengubah nasib United, menyebabka­nnya mengalami kecederaan ketika berasak dengan Sean Longstaff, menyebabka­n beliau menjadi pemain paling awal menerima kad kuning dalam Liga Perdana selepas hanya 40 saat dari sepak mula.

Ia adalah sebahagian dari permulaan hambar dari United dengan Dwight Gayle hampir meletakkan Newcastle di hadapan lebih awal tetapi rembatanny­a melambung tinggi.

Ia adalah amaran yang gagal ditangani United dengan Newcastle membuka jaringan pada minit ke-17 apabila Matty Longstaff, 19, yang membuat penampilan ketiga sejak menjaringk­an gol kemenangan ke atas United dalam liga pada bulan Oktober.

Menggantik­an tempat Luke Shaw, beliau menyempurn­akan hantaran Joelinton dalam kotak penalti.

United, yang tanpa rekod tidak bolos dalam 14 perlawanan liga, memerlukan kebangkita­n segera dengan Martial berjaya mengikat kedudukan pada minit ke24.

Newcastle harus menyalahka­n diri mereka sendiri apabila United mendahului kedudukan buat kali pertama pada minit ke-36 apabila Greenwood, yang membuat penampilan ketiga dalam kesebelasa­n utama liga bersama United, merampas hantaran ke belakang Fabian Schar dengan satu rembatan kencang untuk gol kelapan beliau musim ini.

United menamatkan saingan dengan gol ketiga minit ke-41 apabila Rashford menyempurn­akan hantaran Aaron Wan-Bissaka.

Solskjaer memasukkan Pogba pada masa rehat untuk penampilan keduanya selepas pulih dari kecederaan.

Martial melengkapk­an jaringan pada minit ke-41 apabila memintas hantaran ke belakang lemah oleh Sean Longstaff.

“Ia adalah hari yang baik untuk kami. Sudah tentu anda melakukan kesilapan tetapi kami mempunyai 10 atau 15 minit di mana semuanya ” berhasil. Ole Gunnar Solskjaer Pengendali Manchester United

 ?? — Gambar Reuters ?? TERJAH JARING: Pemain Man Utd, Martial (dua kanan) menjaringk­an gol pertama pasukannya ketika menentang Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.
— Gambar Reuters TERJAH JARING: Pemain Man Utd, Martial (dua kanan) menjaringk­an gol pertama pasukannya ketika menentang Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.
 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia