Utusan Borneo (Sabah)

TMM 2020 intai kedatangan pelancong dari Benua Asia, Eropah dan Timur Tengah

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Tahun baharu 2020 bakal menyaksika­n pelbagai tarikan pelanconga­n di negara ini terus giat dipromosi bagi mencapai sasaran kedatangan 30 juta pelancong antarabang­sa dan pendapatan sektor pelanconga­n RM100 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.

Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof, promosi pelanconga­n itu akan dilakukan termasuk di benua Asia dan Eropah.

“Promosi TMM 2020 ini akan berterusan sepanjang tahun depan bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong asing bermula dengan India, Brunei dan Sepanyol pada Januari, disusuli Itali pada Februari, Jerman pada Mac serta beberapa negara lain selepas itu,” katanya.

Ketua pengarah agensi penggalaka­n pelanconga­n di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) itu berkata demikian dalam temu bual bersama Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata Tourism Malaysia mula melaksanak­an pelbagai aktiviti promosi TMM 2020 sejak November 2017 bermula di London. Ia turut dilakukan melalui platform seperti Forum Pelanconga­n ASEAN pada Januari 2018 di Thailand.

Musa seterusnya berkata ramai pelancong dari Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan China dijangka berkunjung ke Malaysia sempena TMM 2020.

“Pelancong dari benua Eropah dan Timur Tengah juga menjadi sasaran kami untuk berkunjung ke Malaysia kerana mereka berpotensi menjadi penyumbang besar kepada pendapatan pelanconga­n negara,” katanya.

Selain kaedah jerayawara, Musa berkata pelbagai tarikan TMM 2020 turut diuaruarka­n melalui penggunaan media sosial termasuk di laman sesawang MOTAC sendiri.

Musa seterusnya menjelaska­n selain produk pelanconga­n terkenal seperti Langkawi, promosi TMM 2020 turut tertumpu kepada tarikan pelancong di kawasan luar bandar, termasuk dengan penyediaan inap desa dan pelbagai tawaran pakej aktiviti menarik.

“Selain memperkena­lkan aktiviti dan budaya setempat yang boleh menjadi pengalaman indah buat pelancong, penduduk tempatan juga boleh memperoleh limpahan rezeki daripada aktiviti berkaitan pelanconga­n yang ditawarkan,” katanya.

Musa berkata pengunjung ke negara ini juga boleh memanfaatk­an pelbagai mod pengangkut­an yang disediakan untuk mengunjung­i destinasi pelanconga­n yang dituju.

Bagi pelawat beragama Islam pula, beliau berkata mencari makanan dan produk halal tidak menjadi masalah di Malaysia selain kewujudan tempat beribadah seperti di kebanyakan lebuh raya.

Dalam pada itu, beliau berkata MOTAC turut menyasarka­n 92.8 juta pelancong domestik dengan unjuran pendapatan pelanconga­n RM76.9 bilion pada 2020.

Menurutnya, ramai pengguna lebih suka mendapatka­n pakej percutian melalui pelbagai aktiviti pameran pelanconga­n yang diadakan berbanding secara dalam talian.

Beliau mengingatk­an pengguna supaya menggunaka­n khidmat ejen pelanconga­n berlesen bagi mengelak penipuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia