Utusan Borneo (Sabah)

Shah Alam catat carian tertinggi daripada pembeli rumah pada 2019

-

KUALA LUMPUR: Portal hartanah, iProperty. com.my mendapati Shah Alam di Selangor merupakan kawasan yang mencatatka­n carian tertinggi oleh pembeli rumah Malaysia menerusi laman webnya pada 2019.

Shah Alam, terletak di Lembah Klang, merekodkan peratusan carian sebanyak 17.14 peratus sekali gus menjadi pilihan paling utama untuk pembeli yang ingin menikmati kehidupan dalam persekitar­an kehijauan dan lebih tenang di samping memiliki akses mudah kepada pelbagai kemudahan.

“Kawasan-kawasan yang mencatatka­n carian popular di iProperty.com.my masih tertumpu di perbandara­n Lembah Klang untuk rumah dan hartanah kediaman.

“Semua kawasan ini mempunyai satu persamaan iaitu akses mudah kepada pelbagai kemudahan seperti pusat beli-belah, hospital, sekolah, sistem pengangkut­an dan aktiviti ekonomi yang berkembang pesat,” menurut kenyataan bersama iProperty.com Malaysia Sdn Bhd dan REA Group Ltd semalam.

REA Group, syarikat pengiklana­n digital global yang mengkhusus­kan bidang hartanah merupakan pengendali iProperty.com. my.

Selain Shah Alam, lokasi Ara Damansara (16.98 peratus), Cheras (13.15 peratus), Bandar Utama (12.22 peratus), Semenyih (11.96 peratus), Petaling Jaya (7.91 peratus), Rawang (5.50 peratus), Subang Jaya (5.19 peratus), Johor Bahru (5.16 peratus) dan Puchong (4.79 peratus) juga antara kawasan popular berdasarka­n data tingkah laku carian pengguna yang direkodkan penyelesai­an data raya iProperty.com. my, iPropertyi­Q.com.

“Kawasan-kawasan ini mencatatka­n jumlah carian tertinggi daripada kalangan pembeli rumah yang melayari iProperty.com. my bagi tempoh Januari hingga November 2019,” menurutnya.

iProperty.com.my yang menerima lebih tiga juta kunjungan setiap bulan, menawarkan pengalaman carian hartanah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia