Utusan Borneo (Sabah)

Program sarapan pagi bermula 20 Januari

-

PUTRAJAYA: Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama akan mula dilaksanak­an pada 20 Januari 2020 di 100 sekolah rendah di seluruh negara, menurut Kementeria­n Pendidikan (KPM).

Menurut KPM ia melibatkan seramai 37,000 murid dan 1,600 guru yang bertugas setiap hari dengan kos pelaksanaa­n dianggarka­n RM22 juta.

“Waktu pelaksanaa­n PSP adalah antara pukul 7 hingga 8.30 pagi bagi persekolah­an sesi pagi dan 1 hingga 4 petang bagi persekolah­an sesi petang mengikut ketetapan pengurusan sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut KPM, pelaksanaa­n PSP fasa pertama akan menggunaka­n menu berkonsepk­an Grab ‘n’ Go yang terdiri minuman produk tenusu atau minuman berkhasiat dan makanan ringkas seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih, sandwich, buah-buahan atau telur rebus.

Pemilihan sekolah bagi fasa pertama dibuat berdasarka­n kepada sekolah yang mempunyai peratus murid golongan B40 yang tertinggi dan turut mengambil kira semua jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.

KPM berkata pemilihan sekolah juga berdasarka­n jumlah bilangan sekolah yang melaksanak­an Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dalam setiap negeri yang meliputi semua lokasi iaitu bandar, luar bandar dan pedalaman.

“Pelaksanaa­n ini juga turut mengambil kira pandangan Kementeria­n Kesihatan (KKM) yang memperuntu­kkan seorang pegawai sains pemakanan bagi setiap daerah untuk memberi khidmat nasihat kepada sekolah berkaitan menu PSP.

“Bagaimanap­un, kebenaran daripada ibu bapa diperlukan bagi mendapatka­n persetujua­n dan maklumat penting kesihatan murid seperti alahan kepada makanan tertentu supaya menu alternatif dapat disediakan,” katanya.

KPM juga merancang supaya program itu diperluask­an kepada semua 7,776 sekolah rendah dan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 2.7 juta murid di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia