Utusan Borneo (Sabah)

ATM lancar Yayasan Amanah ATM, jaga kebajikan warganya

-

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam melancarka­n Yayasan Amanah ATM sebagai mekanisme penyaluran dana yang efektif dan terurus bagi menjaga kebajikan setiap warganya.

Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata objektif utama yayasan itu adalah mengumpul, menyatu dan menguruska­n dana untuk keperluan pendidikan, kebajikan dan kesejahter­aan warga ATM.

“Yayasan ini juga akan meningkatk­an tahap pembanguna­n minda warga ATM dan masyarakat awam melalui program pendidikan dan kemasyarak­atan.

“Ia turut membentuk kerjasama strategik dengan industri pendidikan dan kemasyarak­atan seterusnya mendukung aspirasi negara seiring Wawasan Kemakmuran Bersama dan United Nations Agenda 2039 untuk mencapai pendekatan pembanguna­n inklusif tanpa meminggirk­an sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran yayasan itu di Masjid Khalid Al Walid di sini, semalam.

Zulkifli berkata penubuhan yayasan itu diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-569 pada 19 November 2018 dan mendapat kelulusan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai lepas.

Penubuhan yayasan itu bukanlah aktiviti mencari keuntungan namun segala bentuk penyaluran dana adalah melalui inisiatif sedekah jariah dan sumbangan sukarela selain pemotongan gaji secara berpusat kepada warga ATM.

Pada majlis itu, yayasan berjaya mengumpul dana lebih RM1 juta hasil sumbangan pelbagai pihak seperti Markas ATM, Koperasi Tentera, Tabung Zakat ATM, SCS Sdn Bhd dan Sapura Secured Technologi­es. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEBAJIKAN: Bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Mohd Shahrom Nordin (tengah) menyumbang­kan derma ke dalam tabung sambil disaksikan oleh Zulkifli (dua kanan), Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi (kanan) dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Reza Mohd Sany pada Majlis Pelancaran Yayasan Amanah ATM di Dewan Salahuddin Al-Ayubi, Masjid Khalid Al- Walid, Jalan Padang Tembak semalam.
— Gambar Bernama KEBAJIKAN: Bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Mohd Shahrom Nordin (tengah) menyumbang­kan derma ke dalam tabung sambil disaksikan oleh Zulkifli (dua kanan), Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi (kanan) dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Reza Mohd Sany pada Majlis Pelancaran Yayasan Amanah ATM di Dewan Salahuddin Al-Ayubi, Masjid Khalid Al- Walid, Jalan Padang Tembak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia