Utusan Borneo (Sabah)

MyAMAL Sabah jayakan program Ziarah Amal ‘Mimpanau Mintong Tompinai’ 4.0

-

KOTA BELUD: Program Ziarah Amal‘ Mi m panau Min tong Tompinai’ MyAMAL 4.0 dan ‘Santai Bersama Pengarah JHEAINS’ anjuran MyAMAL Sabah telah berlangsun­g di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Tambulion, di sini Selasa lalu.

Program itu dihadiri lebih 100 orang yang terdiri daripada para pelajar, ibu bapa dan juga para Sukarelawa­n MyAmal Sabah.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Ustaz Haji Saifulzama­n Sangul merangkap Penasihat bagi MyAMAL Sabah menyempurn­akan perasmian program murni itu.

Dalam ucapannya, beliau berkata, kehidupan hendaklah disulami dengan rasa kasih sayang sesama insan.

Katanya, para ibu bapa perlu menyayangi anak-anak dan dalam masa yang sama, anak-anak perlu menghormat­i dan mendengar nasihat serta menghargai ibu bapa dan juga guru-guru.

Seramai 67 orang murid SAR Tambulion menerima sumbangan beg sekolah, manakala tujuh keluarga terpilih menerima sumbangan keperluan barangan harian sempena program itu yang disumbangk­an oleh MyAMAL Sabah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Guru Besar SAR Tambulion Jossy Saiful Rasid.

Ketua Ahli Jawatankua­sa (AJK) Kebajikan dan Khidmat Masyarakat MyAMAL Sabah Amni Salleh berkata, program itu merupakan kali keempat diadakan di negeri ini melalui pendekatan dan peranan Sukarelawa­n MyAMAL untuk membantu dan memberi khidmat masyarakat dalam usaha mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m, di samping menyantuni golongan yang memerlukan atau perlu dibantu.

Katanya, sebelum ini, program seumpamany­a telah diadakan di daerah Tuaran, iaitu MyAMAL Sabah 1.0 di Kampung Saradan Laut dan Kampung Sambah, Tuaran.

“Di Kota Kinabalu pula, Program MyAMAL Sabah 2.0 telah diadakan di Hospital Queen Elizabeth (QEH) bagi menyantuni keluarga pesakit, manakala MyAMAL 3.0 telah diadakan di daerah Putatan dengan mengadakan program ziarah dari rumah ke rumah,” katanya.

Amni menjelaska­n, MyAMAL Sabah ditubuhkan pada 1 September 2019 dan bergerak di bawah Jawatankua­sa Dakwah MUIS dan diselarask­an oleh pihak JHEAINS.

Menurutnya, para ahli MyAMAL terdiri daripada sukarelawa­n yang bergerak sebelum ini mengikut kelab atau badan kebajikan dalam organisasi masing-masing.

Bagaimanap­un, katanya, sukarelawa­n ini yang terdiri daripada para pelajar, kakitangan awam dan swasta serta orang awam, sepakat menubuhkan MyAMAL.

“MyAMAL ditubuhkan untuk kerja-kerja khidmat masyarakat dan kebajikan dengan pendekatan Bil Hikmah dalam mengurus keperluan harian.

“MyAMAL akan melaksanak­an aktiviti amal di lokasi yang dirancang dan terpilih mengikut kesesuaian dan keperluan semasa,” jelasnya.

Amni menambah, penubuhan MyAMAL Sabah menggarisk­an empat objektif iaitu mengeratka­n silaturahi­m dan muafakat antara ahli dan masyarakat, di samping memupuk sikap prihatin dan berkasih sayang antara ahli dan masyarakat.

Selain itu, ia juga berobjekti­f untuk menerapkan nilainilai murni serta mengadakan kerja amal dan memberikan keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau menjelaska­n, pihaknya telah menggarisk­an pelbagai aktiviti untuk dilaksanak­an, termasukla­h program ziarah ke kampungkam­pung, masjid, pusat komuniti, pusat penjagaan, hospital, wad kanak-kanak dan juga golongan warga emas.

Katanya, aktiviti lain yang dilaksanak­an ialah program gotong-royong di kawasan masjid, tanah perkuburan atau pusat penjagaan, selain turut mengadakan aktiviti kem motivasi atau jati diri untuk anak-anak dan juga para belia.

“MyAMAL turut mengadakan aktiviti seperti Kursus Fardhu Kifayah, pengurusan jenazah, pengurusan bacaan solat dan pengisian asas dalam kehidupan seharian, selain aktiviti riadah atau sukaneka rakyat,” kata Amni yang bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

MyAMAL Sabah pada masa kini mempunyai keahlian berdaftar seramai 45 orang dan dipengerus­ikan oleh Salleh Mohamed, manakala Timbalan Pengerusi disandang oleh Noordin Sabtu.

Setiausaha MyAMAL Sabah dipegang oleh Siti Hadzar Haji Idrus, sementara Bendahari dan Penolong Bendahari masing-masing digalas oleh Armah Harun dan Hadijah Haji Ahmad.

Sebanyak tujuh biro turut diwujudkan­dalam My AMAL Sabah yang berperanan untuk merancang, menggerak dan melaksanak­an pelbagai program yang dirancang dan setiap biro berkenaan diketuai oleh seorang Ketua AJK.

AJK Kebajikan dan Khidmat Masyarakat diketuai oleh Amni Salleh, Maidah Bahnan (AJK Sumbangan), Rozana Amat (AJK Promosi dan Multimedia), Mastika Aya (AJK Riadah), Razali Buyong (AJK Kursus dan Latihan), Noordin Malogi (AJK Keselamata­n dan Kebersihan) dan Noraini Dabi (AJK Wanita dan Keluarga).

MyAMAL Sabah dengan moto ‘Amalku Akhiratku’, mengalu-alukan sumbangan dan penyertaan serta keahlian orang ramai untuk bersamasam­a bergerak melaksanak­an pelbagai program yang sedang dan akan dilaksanak­an pada masa akan datang. — Artikel sumbangan Salman Abadi

 ??  ?? ZIARAH AMAL: Rombongan MyAMAL Sabah bergambar kenangan bersama para penerima sumbangan sempena program Ziarah Amal ‘Mimpanau Mintang Tompiani’ 4.0 di SAR Tambulion, Kota Belud.
ZIARAH AMAL: Rombongan MyAMAL Sabah bergambar kenangan bersama para penerima sumbangan sempena program Ziarah Amal ‘Mimpanau Mintang Tompiani’ 4.0 di SAR Tambulion, Kota Belud.
 ??  ?? SUMBANGAN: Datuk Saifulzama­n Sangul (dua kiri) diiringi Noordin Sabtu (kiri) menyerahka­n sumbangan beg sekolah kepada salah seorang murid SAR Tambulion sempena program itu sambil dibantu Amni Salleh (dua kanan).
SUMBANGAN: Datuk Saifulzama­n Sangul (dua kiri) diiringi Noordin Sabtu (kiri) menyerahka­n sumbangan beg sekolah kepada salah seorang murid SAR Tambulion sempena program itu sambil dibantu Amni Salleh (dua kanan).
 ??  ?? MENYANTUNI: Datuk Saifulzama­n (tengah) menyantuni murid-murid di SAR Tambulion, Kota Belud sempena program itu.
MENYANTUNI: Datuk Saifulzama­n (tengah) menyantuni murid-murid di SAR Tambulion, Kota Belud sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia