Utusan Borneo (Sabah)

Generasi baharu jurutera perlu budayakan integriti

-

KOTA KINABALU: Generasi baharu jurutera dan bakal jurutera perlu membudayak­an dan mengukuhka­n integriti apabila menyertai industri kelak.

Pensyarah Fakulti Kejurutera­an (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sr. Asmawan Mohd Sarman berkata, ini kerana kesedaran mengenai impak rasuah terhadap individu masyarakat dan negara adalah signifikan dan perlu dititikber­atkan dari akar umbi lagi.

“Justeru, UMS telah menjadikan penganjura­n program ‘Membudayak­an Etika dan Integriti Kejurutera­an’ sebagai satu acara tahunan bagi tujuan untuk siswa-siswi tentang keperluan dan kepentinga­n integriti dalam industri terutamany­a industri pembinaan.

“Program anjuran Kursus Aturcara Kontrak dan Taksiran, Program Kejurutera­an Awam FKJ ini juga merupakan satu pendekatan bagi memperting­katkan para pelajar tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan skop dalam tapak pembinaan sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak,” katanya.

Menurut Asmawan lagi, program pada tahun ini telah melibatkan Pengarah Constructi­on Industry Developmen­t Board (CIDB) Negeri Sabah, Rosmen Ag. Hassan dan Pengurus Operasi CIDB Negeri Sabah, Poul Joannes sebagai jemputan khas untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.

Dalam pada itu, Rosmen dalam program tersebut telah berkongsi mengenai profesiona­lisme dalam bidang pekerjaan serta memberi pengenalan mengenai prospek IBS (Industrial­ised Building System) pada masa hadapan yang diaplikasi­kan dalam industri pembinaan yang menekankan pelbagai maslahat sistem tersebut.

Poul Joannes dalam ceramahnya pula memberi pendedahan tentang sistem perolehan kontrak kerja, peraturan dan tatacara selain proses perancanga­n serta penyeliaan perolehan, tender mahupun kontrak khususnya dalam proses pelaksanaa­n kerja-kerja di dalam sebuah projek, selain peraturan dan undang-undang CIDB yang turut disampaika­n agar pelajar juga dapat bekerjasam­a dengan pihak CIDB.

Bertemakan ‘Jurutera Berintegri­ti, Modal Insan Berkualiti’, seramai 61 pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Awam hadir bagi menjayakan program tersebut.

 ??  ?? KENANGAN: 61 pelajar tahun dua program Kejurutera­an Awam, Fakulti Kejurutera­an UMS jayakan program ‘Membudayak­an Etika dan Integriti Kejurutera­an’.
KENANGAN: 61 pelajar tahun dua program Kejurutera­an Awam, Fakulti Kejurutera­an UMS jayakan program ‘Membudayak­an Etika dan Integriti Kejurutera­an’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia