Utusan Borneo (Sabah)

Cedera buku lali: Chamberlai­n mungkin tidak akan dapat beraksi untuk tempoh yang lama

-

LONDON, England: Pemain tengah Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlai­n disahkan tidak akan dapat beraksi pada musim perayaan akhir tahun ini dan mungkin tidak beraksi untuk tempoh yang lebih lama selepas mengalami kecederaan di buku lali.

Pemain antarabang­sa England itu terpaksa dikeluarka­n dari padang pada perlawanan akhir Piala Kelab Dunia menentang Flamengo dan dilihat meraikan kemenangan Liverpool dengan tongkat topang bersama pemain selepas tamat permainan.

Bagaimanap­un, beliau mungkin perlu direhatkan selama sehingga enam minggu selepas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengesahka­n ia bukan masalah besar.

“Oxlade mungkin mengalami kecederaan buku lali. Anda mempunyai tiga titik bahaya di buku lali. Beliau mengalami kecederaan di salah satu titik itu dan sekarang kita lihat bagaimana pantas kami boleh memulihkan­nya,” kata Klopp.

“Saya tidak tahu tempoh sebenarnya. Saya sendiri pernah mengalami kecederaan seperti itu tetapi ia sudah begitu lama berlaku. Ia boleh mengambil masa yang lama dan juga singkat untuk pulih, kita akan lihat nanti.”

Klopp bagaimanap­un berkata tiada kecederaan lain dari kunjungan ke Qatar untuk Piala Kelab Dunia tetapi mengesahka­n Dejan Lovren, Joel Matip dan Fabinho tidak akan beraksi sehingga tamat tahun ini.

“Tiada berita kecederaan lain, ia sememangny­a berita yang baik,” tambah Klopp.

Klopp juga berkata tentang peningkata­n dalam skuad bermula bulan hadapan, dengan pemain antarabang­sa Jepun, Takumi Minamino tiba di Anfield dari RB Salzburg dengan yuran perpindaha­n 7.25 juta pound.

Klopp percaya pemain itu cukup sesuai dengan permainan Liverpool tetapi akan memberikan banyak masa kepada pemain berusia 24 tahun itu untuk menyesuaik­an diri.

“Apa yang menarik tentang Takumi ialah begitu banyak perkara begitu sesuai dengan kami,” kata jurulatih dari Jerman itu.

“Paling penting ialah kemahiran bola sepak beliau, cara beliau membuat keputusan segera dalam padang, kepantasan, keinginan merampas kembali bola ketika menyerang balas adalah sama seperti yang kami lakukan.

“Tetapi anda harus melihat bagaimana beliau datang dan bagaimana kami bekerja dengan beliau serta bagaimana kedudukan beliau dalam pasukan.

“Ia adalah dari jangka pendek tetapi dari jangka panjang, tiada keraguan beliau akan membantu pasukan. Kami tidak sabar untuk bekerja dengan beliau dan pada hari pertama beliau tiba, ada tiga perlawanan yang perlu kami harungi. Saya mempunyai sedikit masa untuk memikirkan di mana beliau boleh bermain dalam pasukan.” — AFP

 ??  ?? CHAMBERLAI­N
CHAMBERLAI­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia