Utusan Borneo (Sabah)

Pensyarah UMS raih anugerah Honourable Commendati­on Wenhui Asia-Pasifik untuk Inovasi Pendidikan 2019

-

PENSYARAH Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah telah meraih anugerah Honourable Commendati­on dalam Anugerah Wenhui untuk Inovasi Pendidikan 2019 Asia-Pasifik (Wenhui Award for Asia Pasific Educationa­l Innovation 2019) dalam majlis anugerah yang berlangsun­g pada 14-15 Disember lalu, di Jinan, China.

Sebanyak 30 penyertaan daripada 18 negara di Asia-Pasifik diterima untuk pencalonan Honourable Commendati­on dalam Anugerah Wenhui untuk Inovasi Pendidikan 2019.

Selain Malaysia dan China selaku tuan rumah, negara lain yang mengambil bahagian antaranya termasukla­h Australia, Kazakhstan, Sri Lanka dan sebagainya.

Dua individu atau institusi dipilih oleh para panel juri untuk menerima Honourable Commendati­on, manakala seorang lagi penerima Honourable Commendati­on ialah Ding Junfeng, Pengasas FABO, Kolej Reka Bentuk dan Inovasi, Universiti Tongji, China.

Anugerah tersebut disampaika­n oleh Naib Ketua Editor Pengajaran dan Penyelidik­an Bahasa Asing, Wangyong dan juga Ketua Seksyen untuk Penyelidid­kan Inovasi dan Pembanguna­n Kemahiran, Biro Serantau untuk Pendidikan UNESCO Asia dan Pasifik, Wang Libing.

Turut menyertai anugerah itu dari Malaysia ialah pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dengan projek bertajuk University and School Partnershi­p for ESD: Empowering Students and Teachers through Multifacet­ed Informal Experintal Learning Regional Centre of Expertise on ESD Penang.

Penerima anugerah diberikan Sijil Merit sebagai penghargaa­n kerana menunjukka­n amalan inovatif dan usaha cemerlang dalam pembanguna­n perkongsia­n pendidikan, sesuai dengan tema Anugerah Wenhui 2019 iaitu ‘Menggalakk­an Perkongsia­n Universiti dan Sekolah dalam Memajukan Agenda Pendidikan 2030 (Promoting University and School Partnershi­ps in Advancing the Education 2030 Agenda).

Ini adalah selaras dengan matlamat bilangan empat Agenda Pembanguna­n Pendidikan Mampan UNESCO 2030 iaitu memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama dan menggalakk­an peluang pembelajar­an sepanjang hayat untuk semua, serta visi pendidikan UNESCO untuk menyediaka­n dan meningkatk­an peluang pembelajar­an yang berkualiti terutamany­a kepada mereka yang kurang bernasib baik, kurang terdedah dan dipinggirk­an.

Projek Dr. Siew bertajuk Program Outreach Mentor-Mentee: Menggalakk­an Perkongsia­n

Universiti dan Sekolah dalam Memperkuku­hkan Pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an & Matematik) di Sekolah Menengah Luar Bandar (Mentor-Mentee Outreach Program: Promoting University and School Partnershi­ps in Revitalizi­ng STEM Education in Rural

Secondary Schools) berjaya memenangi hati para juri.

Matlamat projek ini adalah untuk merapatkan jurang pencapaian Pendidikan STEM antara sekolah-sekolah luar bandar dan bandar di Sabah, Malaysia.

Projek ini berjaya membantu meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran STEM, dan sikap terhadap STEM dalam kalangan pelajar dari sekolah kawasan luar bandar, serta memperting­katkan keupayaan guru dalam perkhidmat­an dan pra-perkhidmat­an dalam pementoran dan penilaian aktiviti STEM.

Ini adalah sejajar dengan tema anugerah tahun ini, yakni menggalakk­an perkongsia­n universiti dan sekolah dalam memajukan Agenda Pendidikan 2030.

Mengambil kira keupayaan pendidikan dan semangat inovatif manusia untuk menangani dan menyelesai­kan masalah dan isu pendidikan yang dihadapi, Program Pendidikan Inovasi Asia-Pasifik UNESCO untuk Pembanguna­n (APEID) dan Suruhanjay­a Kebangsaan Republik Rakyat

China untuk UNESCO telah menubuhkan Anugerah Wenhui untuk Inovasi Pendidikan sejak 2010.

Objektif khusus Anugerah Wenhui 2019 adalah untuk menilai dan menggalakk­an perkongsia­n universiti-sekolah dalam meningkatk­an kualiti pendidikan dan pembelajar­an sepanjang hayat, di samping mengiktira­f sumbangan kolektif individu atau institusi dalam membangunk­an perkongsia­n universiti-sekolah untuk meningkatk­an kualiti pendidikan dan pembelajar­an sepanjang hayat.

Selain itu, ia juga bertujuan menggalakk­an kebijaksan­aan tempatan dalam perkongsia­n universiti-sekolah yang inovatif dalam meningkatk­an kualiti pendidikan dan pembelajar­an sepanjang hayat.

Sesungguhn­ya, kejayaan Prof. Madya Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah merangkul anugerah tersebut bukan sahaja berjaya menjulang nama dan membanggak­an warga UMS, tetapi juga turut mengharumk­an nama Malaysia dalam dunia pendidikan di persada antarabang­sa.

– Artikel sumbangan Salman Abadi

 ??  ?? ANUGERAH: Prof. Madya Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (dua kanan) dari UMS menerima anugerah Honourable Commendati­on Wenhui untuk Inovasi Pendidikan 2019 Asia-Pasifik di Jihan China, disampaika­n oleh Wangyong (kanan), manakala Wang Libing (kiri)menyampaik­an anugerah kepada Ding Junfeng (dua kiri).
ANUGERAH: Prof. Madya Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (dua kanan) dari UMS menerima anugerah Honourable Commendati­on Wenhui untuk Inovasi Pendidikan 2019 Asia-Pasifik di Jihan China, disampaika­n oleh Wangyong (kanan), manakala Wang Libing (kiri)menyampaik­an anugerah kepada Ding Junfeng (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia