Utusan Borneo (Sabah)

Bank Rakyat giat santuni golongan memerlukan khususnya pelajar

-

LIMBANG: Bank Rakyat terus menyantuni mereka yang memerlukan termasuk golongan pelajar di negeri ini melalui penganjura­n lebih 50 program sepanjang 2019.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat Nizam Sani berkata, antara program yang diadakan termasuk penyerahan baju dan kelengkapa­n sekolah kepada 400 pelajar di Sarawak di bawah program bersama Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan serta penyerahan RM100 setiap seorang untuk 100 pelajar bagi setiap cawangan di bawah Program Yayasan Bank Rakyat.

Jelasnya bagi penyerahan sumbangan zakat semalam, Bank Rakyat Limbang turut menyantuni golongan pelajar yang memerlukan di daerah ini untuk musim persekolah­an akan datang.

“Sebanyak 85,700 sumbangan disalurkan kepada 857 pelajar di 34 sekolah di Limbang hari ini,” katanya ketika ditemui media pada Sumbangan Asnaf Bank Rakyat di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Bank Rakyat Mohamad Shiblie Abang Sapuan, Ketua Komunikasi Korporat Bank Rakyat Nizam Abu Samah, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Limbang Mohamad

Nasir Palile dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Hal Ehwal Murid) Latifah Nayan.

Jelas beliau, penyerahan sumbangan asnaf itu sejajar dengan rangka tindakan baharu kerajaan iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) dalam menyediaka­n pendidikan berkualiti.

“Bank Rakyat sentiasa prihatin terhadap usaha memakmurka­n masyarakat di Sarawak kerana keteguhann­ya adalah berkat sokongan anggota dan pelanggan menerusi 14 rangkaian cawangan di negeri ini,” ujarnya.

Justeru tambahnya, amat wajar bagi Bank Rakyat untuk mengembali­kan sebahagian daripda keuntungan untuk dimanfaatk­an golongan memerlukan terutama pelajar tidak berkemampu­an.

Sumbanga itu katanya, sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n beban ibu bapa golongan asnaf dari segi perbelanja­an kelengkapa­n persekolah­an anak-anak sesi 2020.

Menurut Nizam lagi, bagi tahun 2020 pihaknya akan meneruskan pelbagai program untuk menyantuni mereka yang memerlukan.

Program Nuri Nutrisi diadakan bertujuan agar setiap kanak-kanak akan mendapat pendedahan berkaitan kepentinga­n tabiat pemakanan sihat dalam kehidupan harian mereka.

“Program ini juga bertujuan mencorakka­n kehidupan lestari masyarakat setempat dengan pelbagai usaha meningkatk­an status nutrisi masyarakat dan menjaga keperluan sosial penduduk,” katanya lagi

Sehingga kini Nizam berkata, lebih 2,000 pelajar kurang berkemampu­an di seluruh negara menerina manfaat daripada inisiatif Nuri Nutrisi.

 ??  ?? SANTUNI PELAJAR: Nizam (tiga kanan) menyerahka­n replika cek sumbangan kepada Latifah, disaksikan (dua kiri) Nasir, Mohamad Shiblie dan Nizam (kanan).
SANTUNI PELAJAR: Nizam (tiga kanan) menyerahka­n replika cek sumbangan kepada Latifah, disaksikan (dua kiri) Nasir, Mohamad Shiblie dan Nizam (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia