Utusan Borneo (Sabah)

Mark, Joanna ungguli larian Miri-Bungai Beach Ultra 2019

-

BEKENU: Mark Robert Campbell dan Joanna Hudson kedua-duanya dari Britain muncul juara kategori 60km lelaki dan wanita larian MiriBungai Beach Ultra 2019 menguji ketahanan peserta merentasi pelbagai bentuk muka bumi diadakan di sini kelmarin.

Kategori lelaki 60km turut menyaksika­n Ong Soon Seng dari Malaysia memenangi tempat kedua manakala Sadilah Samail dari Brunei menduduki tempat ketiga diikuti Mohammad Daud Suhaili (Brunei) di tempat keempat dan Mohammad Nazrul Effendy Ali Hassan (Brunei) di tempat kelima.

Dalam kategori wanita 60km, tempat kedua Ang Yee Mei dari Malaysia manakala Haryati Mamora (Malaysia) memenangi tempat ketiga. Di tempat keempat ialah Annliza

Alexander Alibar (Malaysia) diikuti oleh Pang Yi Lian dari Singapura di tempat kelima.

Dalam kategori 38km lelaki, juara dimenangi oleh Zainol Sam Md Zain manakala juara wanita adalah Airince Liam. Kedua-dua juara adalah dari Brunei.

Tempat kedua dalam kategori sama dimenangi oleh Muhammad Nor Ali Fullah Kasban dari Brunei dan tempat ketiga ialah Ivan Christophe­r Moore dari Australia.

Dalam kategori wanita 38km, pemenang tempat kedua ialah Judy Leslie dari Britain manakala Koh Pei Tsy (Brunei) menduduki tempat ketiga.

Acara ini dianjurkan oleh Bulatan Park Runners Club.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting melepaskan peserta bermula di

Beach Republic di Luak di sini dan berakhir di Pantai Bungai di Bekenu.

Dalam ucapan pelepasan tersebut, Sebastian memuji usaha penganjur menganjurk­an acara itu turut membantu mempromosi­kan pelanconga­n tempatan khususnya di Pantai Tusan dan Pantai Bungai di Bekenu.

Objektif cabaran Miri-Bungai Beach Ultra 2019 ialah mempromosi­kan pelanconga­n terutamany­a tempat pelanconga­n popular - Pantai Tusan dan Pantai Bungai di sini.

Acara tahun ini disertai lebih 100 peserta dari pelbagai negara seperti Australia, Brunei, Jerman, Belanda, Singapura, Inggeris, dan Singapura selain Malaysia.

Turut hadir Pengarah Acara dan Presiden Bulatan Park Runners Club, Tang Swee Ming.

 ??  ?? JUARA: Tang (tengah) bersama kedua-dua juara kategori lelaki dan wanita, Mark (kanan) dan Joanna.
JUARA: Tang (tengah) bersama kedua-dua juara kategori lelaki dan wanita, Mark (kanan) dan Joanna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia