Utusan Borneo (Sabah)

24,600 pekerja swasta diberhenti kerja sehingga 30 September lepas Seramai 21,625 terlibat pemberhent­ian biasa, manakala 2,975 pula VSS

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24,600 pekerja sektor swasta diberhenti­kan kerja sehingga 30 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata daripada jumlah itu, seramai 21,625 orang terlibat dengan pemberhent­ian biasa, manakala 2,975 pekerja pula terbabit dalam Skim Pemberhent­ian Sukarela (VSS).

Pekerja terjejas di sektor pembuatan seramai 7,944 orang, sektor aktiviti pentadbira­n dan khidmat sokongan (7,309); perdaganga­n, borong dan runcit (2,123), aktiviti kewangan dan insurans (1,748), penginapan dan aktiviti perkhidmat­an makanan serta minuman (1,049).

Sementara sektor maklumat dan komunikasi melibatkan seramai 679 orang, katanya dalam sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang ingin tahu jumlah pembuangan pekerja dalam semua sektor sepanjang 2018 dan 2019, serta bilangan peluang pekerjaan yang diwujudkan sepanjang 2019.

Bagi tempoh 2018, Kula Segaran berkata bilangan pekerja yang diberhenti­kan adalah seramai 23,168 pekerja, melibatkan 17,236 pemberhent­ian biasa dan 5,932 VSS.

Mengenai bilangan peluang pekerjaan, beliau berkata sehingga Ogos lepas, kekosongan pekerjaan yang didaftarka­n majikan bagi kategori siswazah adalah sebanyak 50,326 jawatan manakala 642,798 kekosongan jawatan untuk kategori bukan siswazah.

Malah lebih 20,000 pengiklana­n dilakukan oleh majikan aktif yang menawarkan pelbagai jawatan di semua kategori pekerjaan sektor awam dan swasta, katanya.

“Portal JobsMalays­ia (JMC) di bawah kementeria­n ini merupakan portal rasmi pasaran pekerja untuk pencarian dan penawaran pekerjaan melalui sistem padanan kerja secara ‘webbased’. Setiap pencari kerja berpeluang mendapatka­n pekerjaan dan majikan pula berpeluang untuk mendapatka­n

Portal JobsMalays­ia (JMC) di bawah kementeria­n ini merupakan portal rasmi pasaran pekerja untuk pencarian dan penawaran pekerjaan melalui sistem padanan kerja secara ‘web-based’. Setiap pencari kerja berpeluang mendapatka­n pekerjaan dan majikan pula berpeluang untuk mendapatka­n calon sesuai.

M. Kula Segaran Menteri Sumber Manusia

calon yang sesuai.

“JMC di seluruh negara menawarkan pelbagai informasi kekosongan pekerjaan dan perkhidmat­an khidmat nasihat pekerjaan kepada pencari kerja. Majikan dan pencari kerja juga berpeluang menyertai karnival pekerjaan di seluruh negara termasuk program temu duga terbuka yang diadakan di semua Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di seluruh negara sepanjang tahun,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia