Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik unit bangunan strata diwajibkan bayar caj bulanan penyelengg­araan

-

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata pemilik unit bangunan strata kini diwajibkan membayar caj bulanan penyelengg­araan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Strata 2019 semalam.

Beliau berkata bayaran caj bulanan itu bagi membolehka­n kerja-kerja penyelengg­araan rutin kemudahan-kemudahan biasa di dalam serta persekitar­an bangunan.

Beliau berkata kurang daripada 10 peratus caj bulanan digunakan untuk membiayai kerja-kerja baik pulih besar dan penggantia­n dan kerja-kerja mengecat semula .

Tambahnya, syarat pembayaran caj tambahan itu turut dikenakan ke atas setiap unit yang tidak dijual dan bagi kes itu, pemaju harus menjelaska­n bayarannya.

“RUU ini juga menjadikan mandatori untuk pembanguna­n strata menubuhkan badan pengurusan yang bertanggun­gjawab mengurus serta menyelengg­ara bangunan sub-bahagi atau di atas tanah.

“Badan pengurusan ini juga bertanggun­gjawab terhadap penyelengg­araan dan menyediaka­n akaun dana. Akaun dana ini perlu diaudit setiap tahun untuk memastikan wang dikumpul diurus dengan betul,” katanya ketika membentang­kan RUU Pengurusan Strata 2019 pada Persidanga­n DUN.

Dr Sim berkata RUU itu juga menggarisk­an tugas serta kuasa badan pengurusan berkenaan bagi memastikan kesejahter­aan persekitar­an bangunan seperti kuasa untuk menggubal serta menguat kuasa undang-undang kecil.

Selain itu katanya, satu tribunal akan ditubuh bagi menyelesai­kan pertikaian antara komuniti bangunan strata.

“RUU ini juga membolehka­n penubuhan badan pengurusan subsidiari untuk menyelengg­ara dan mengurus subsidiari hartanah biasa bukan kediaman jika terdapat kes pembanguna­n strata adalah pembanguna­n bercampur,” jelasnya.

Dr Sim memberitah­u Pesuruhjay­a Bangunan akan dilantik oleh beliau selain melantik timbalan pesuruhjay­a dan pegawaipeg­awai lain bagi mentadbir serta menguatkua­sakan peruntukan di bawah undangunda­ng baharu itu.

“Bagi memastikan penguatkua­saan berkesan, hukaman denda RM5,000 hingga RM250,000 dan atau penjara satu hingga lima tahun jika ada pihak didapati melanggar peruntukan undang-undang baharu ini,” jelasnya.

 ?? — Gambar Muhamad Rais Sanusi ?? TELITI: Dr Sim bersama Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin melihat dokumen RUU Pengurusan Strata 2019 yang diluluskan DUN semalam.
— Gambar Muhamad Rais Sanusi TELITI: Dr Sim bersama Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin melihat dokumen RUU Pengurusan Strata 2019 yang diluluskan DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia