Utusan Borneo (Sabah)

Diiktiraf jenama pilihan Malaysia

Trusted Sharks menerima anugerah Superbrand­s Award 2019

-

JENAMA Trusted Sharks yang dipopulark­an seorang anak tempatan Sabah mendapat pengiktira­fan daripada 92 negara di seluruh dunia apabila terpilih menerima anugerah Superbrand­s Award 2019 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penghasila­n baju yang bermotifka­n etnik Sabah ini menjadikan Trusted Sharks terpilih selepas melepasi pemilihan oleh panel juri Superbrand­s yang mengklasif­ikasikan keunikan pada produk, kepercayaa­n, kualiti dan penerimaan masyarakat pada jenama ini dan layak diiktiraf sebagai jenama pilihan Malaysia.

Trusted Sharks adalah salah satu daripada 28 jenama yang menerima penganuger­ahan yang disampaika­n oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking bertempat di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur.

Pelopor pasaran baju cetakan etnik ni sudah terkenal di Sabah apabila hasil anak tempatan Mohamad Nazri K Hamid, menjadi pilihan pada Mei lepas apabila hasil rekaan ini tular di media sosial dan sehingga kini masih mendapat sambutan yang sangat memberangs­angkan.

Beliau yang tampil dengan pemakaian sigar pada penganuger­ahan itu menjadikan beliau sangat bangga membawa nama Sabah di persada antarabang­sa.

“Bukan setakat penerimaan masyarakat sahaja tetapi trend pakaian corak etnik ini menjadi kebanggaan masyarakat Sabah sekali gus mempromosi pelbagai budaya etnik yang unik dan berbilang kaum di Sabah,” katanya.

Kini banyak syarikat, kelab dan persatuan yang memerlukan khidmat rekaan khas dan eksklusif daripada Trusted Sharks untuk menghasilk­an rekaan yang tersendiri.

“Kepercayaa­n yang diberikan setiap pelanggan kepada kami, mendorong kami untuk menghasilk­an rekaan yang terbaik pada mereka,” jelas Nazri yang merupakan pengasas kepada jenama ini.

Menurutnya kebanyakan mereka sangat berbangga memakai pakaian bercorakka­n motif etnik Sabah ini dan “kami sering menerima banyak gambargamb­ar kenangan apabila mereka memakai pakaian ini di seluruh pelosok negara.”

Ada yang mengirimka­n gambar mereka bersama baju ini ketika berada Itali, London, Amsterdam, Indonesia, Korea, Vietnam, USA, Jepun, Thailand dan banyak lagi negara yang mereka kunjungi dan mendapat respons yang sangat memberangs­angkan.

Nazri, 34, seorang bekas guru yang kini menguruska­n perniagaan sepenuh masa juga menerima anugarah 100 Top Young Ceo 2019 pada Ogos lepas.

“Menerima penganuger­ahan ini adalah di luar jangkaan kerana saya fokus 100 peratus memberikan hasil yang terbaik untuk pelanggan saya,” katanya.

“Isu ‘design’ dirompak dan pernah menjadi mangsa ‘scammer’ oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab tidak sedikit pun mematahkan semangat, malah saya tahu rekaan yang kami hasilkan adalah berbeza dan tidak sama dengan orang lain.

“Keaslian dan kualiti sebenar adalah menjadi keutamaan Trusted Sharks,” katanya

Bermula pada 2013, dan hanya dari rumah, siapa sangka hasil usaha ini mendapat perhatian masyarakat.

“Penghasila­n rekaan baju etnik ini bermula pada tahun 2018 dan tahun ini, kami menerima lebih dari yang kami jangkakan.

“Ini juga disebabkan kesepaduan masyarakat yang berbangga dengan budaya mereka. Memartabat­kan budaya bangsa adalah misi saya memperkena­lkan etniketnik Sabah melalui pakaian,” katanya.

Kini beliau memiliki dua premis, di Kompleks Karamunsin­g dan Suria Sabah, pelanggan juga boleh mendapatka­n ‘update’ dan ‘design’ terkini melalui laman web www.trustedsha­rks.com yang baru dilancarka­n pada Oktober lepas di mana pelanggan boleh terus membuat pembelian secara online.

Menurutnya, cara ini bagi memudahkan pelanggan yang luar dari kawasan Kota Kinabalu membuat tempahan.

“Kami mendapat banyak permintaan dari luar Kota Kinabalu, maka dengan adanya laman web ini diharap dapat memudahkan pelanggan luar dari Kota Kinabalu khususnya mendapat pakaian yang mereka inginkan,” kata Nazri.

Bila ditanya perancanga­n pada masa akan datang, Nazri berkata perancanga­nnya ialah menghasilk­an corak-corak yang lebih menarik.

“Kami menerima banyak cadangan ‘design’ tetapi kami perlu melihat dan laksanakan perancanga­n asal agar dapat memenuhi cita rasa semua pihak,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: Nazri menerima anugerah Superbrand­s Award 2019 daripada Darell sambil diperhatik­an oleh kenamaan lain.
TERBAIK: Nazri menerima anugerah Superbrand­s Award 2019 daripada Darell sambil diperhatik­an oleh kenamaan lain.
 ??  ?? BANGGA: Nazri bersama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking.
BANGGA: Nazri bersama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking.
 ??  ?? DIIKTIRAF: Nazri bersama anugerah yang dimenangin­ya.
DIIKTIRAF: Nazri bersama anugerah yang dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia