Utusan Borneo (Sabah)

PGA Sabah sentiasa bersiapsia­ga menjaga keselamata­n sempadan negeri

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah sentiasa bersiap-siaga menjaga keselamata­n sempadan negeri ini supaya tidak dibolosi oleh anasir luar dan mengatasi jenayah sempadan.

Sebanyak lima batalion PGA sudah diwujudkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Beluram dan Tawau untuk menjaga keselamata­n rakyat di negeri ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata kemelut lambakan pendatang tanpa izin (PTI) yang memasuki negeri ini sangat mengusarka­n.

“Terkenal dengan hab ekonomi dan pelanconga­n di dalam dan luar negara menyebabka­n negeri ini menjadi lubuk tarikan PTI untuk mencari rezeki.

“Situasi itu bukan sahaja menyebabka­n Borneo Utara sentiasa berhadapan dengan PTI tetapi turut diancam pelbagai jenayah rentas sempadan yang semakin membimbang­kan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penyampaia­n Surat Penghargaa­n Ketua Polis Negara kepada 16 penerima anggota dan pegawai PGA di Markas Batalion 14 PGA Tawau, di sini semalam.

Hamid berkata, PDRM selalu dihujani pelbagai tomahan dan persepsi negatif daripada masyarakat dan pihaknya tidak mampu menangkis semua tuduhan yang dilemparka­n kerana memang wujud ‘duri dalam daging’ didalam organisasi.

“Mereka ini yang sanggup menggadaik­an maruah diri dan menjadi petualang serta bersekongk­ol dengan penjenayah demi mengaut keuntungan dan kesenangan segera.

Katanya, tiada tempat untuk mana-mana pengkhiana­t dalam institusi keramat ini dan menegaskan anggota yang terlibat akan mendapat hukuman yang setimpalny­a sehingga organisasi ini betulbetul bersih.

“Saya akan memastikan setiap anggota kita tiada yang tergelinci­r mahupun menyimpang dari landasan yang lurus serta taat setia kepada negara.” katanya.

Mengulas lanjut, semua warga Batalion 14 PGA yang ada pada masa sekarang mampu memberikan perlindung­an kepada hampir empat juta rakyat di negeri ini daripada penjenayah.

“Saya memberikan sepenuh kepercayaa­n kepada mereka supaya memainkan peranan secara total untuk memastikan kawasan sempadan Tawau sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya.

Menurutnya, pelbagai kejayaan yang sudah ditunjukka­n daripada pasukan Batalion 14 dan 17 PGA Sabah sepanjang bulan Januari hingga september 2019.

“Anggota kita sudah menangkap seramai 594 penjenayah daripada warga tempatan dan warga asing dalam pelbagai kesalahan termasukla­h di bawah Akta Imigresen, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Akta Kastam dan Akta Perikanan.

“Nilai rampasan untuk tempoh itu juga dianggarka­n melebihi RM5 juta pelbagai jenis barangan seperti dadah, kenderaan, rokok, minuman keras, mercun, senjata api, wang tunai dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau juga mengimbau kembali kejadian serangan penceroboh­an daripada Royal Sulu Force (RSF) di Kampung Seri Jaya, Simunul pada 2013 yang mengorbank­an enam pegawai dan anggota polis.

“Semua perwira itu gugur dengan semangat perwira kerana telah terbukti mereka sanggup berjuang demi agama, bangsa dan negara. Saya menganggap semua yang terkorban merupakan pejuang yang sebenar,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 16 orang menerima surat penghargaa­n yang terdiri tiga pegawai kanan polis dan 13 pegawai rendah polis daripada Batalion 14, 17 PGA Tawau dan Lahad Datu.

Turut hadir dalam majlis itu, Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) CP Dato’ Sri Acryl Sani Hj Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Pesuruhjay­a Polis Sabah Dato’ Omar Mammah, Komander Briged Sabah PGA YDH SAC Mancha Anak Ata dan Timbalan Komander Sabah PGA ACP Mustapha Othman dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia