Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga ‘roti terbang’ zahir semangat merdeka dengan berpakaian Jalur Gemilang

-

BATU PAHAT: Lazimnya, setiap kali tibanya bulan kebangsaan, pelbagai ragam orang dapat dilihat dalam menzahirka­n semangat patriotik kepada negara.

Tidak ketinggala­n, seorang peniaga ‘roti canai terbang’ yang popular dalam kalangan penduduk setempat, Mohd Suffian Md Ali, 36, turut meraikan sambutan kemerdekaa­n dengan menghias gerai makan miliknya menggunaka­n Jalur Gemilang.

Mohd Suffian yang berniaga ‘roti terbang’ sejak empat tahun lepas berkata sebelum ini dia hanya menghias gerai terbabit dengan pelbagai saiz Jalur Gemilang, namun, tahun ini, dia turut mengenakan pakaian berkaitan semangat patriotik kepada negara bagi menampilka­n kelainan.

“Saya akan memakai pakaian berkaitan Jalur Gemilang atau semangat cintakan negara setiap hari bermula hari ini (16 Ogos) selama sebulan sehingga pada sambutan Hari Malaysia, 16 September depan,” katanya.

Mohd Suffian ditemui Bernama di gerai miliknya, Pyan & Sally Roti Terbang, di Kampung Mohd Noor, Tongkang Pechah, di sini kelmarin.

Menurut Mohd Suffian, beliau menerima sokongan padu daripada isterinya, Norshelyza Talib, 35, yang sentiasa berkongsik­an idea dalam menyambut kemerdekaa­n setiap tahun.

Katanya, lebih manis, Norshelyza yang menyediaka­n menu chicken chop dan nasi lemak di gerainya itu akan turut bersama-sama memakai pakaian berkaitan Jalur Gemilang atau semangat kenegaraan.

“Tidak ketinggala­n, ketigatiga anak perempuan kami yang berumur 11, 13 dan 16 tahun akan turut memakai (pakaian) yang sama seperti kami, agar gerai makan kami ini meriah dan mempunyai tarikan tersendiri.

“Dalam masa sama, usaha ini mampu mendidik anakanak kami untuk mencintai negara dan mengingati pengorbana­n pejuang dahulu dalam membebaska­n negara ini daripada belenggu penjajah,” katanya.

Mohd Suffian menambah, untuk meraikan kemerdekaa­n dengan memakai pakaian berkenaan, masing-masing mempunyai tiga pasang pakaian yang akan dipakai secara bergilir.

Ditanya tentang modal, beliau berkata hanya kira-kira RM350 diperuntuk­kannya untuk membeli bendera dan pakaian.

Katanya, dengan modal sebegitu, ianya masih tidak ternilai dengan pengorbana­n mereka yang terlibat untuk memastikan negara ini merdeka dan dalam masa sama terus aman sehingga kini.

“Idea untuk menyambut hari kemerdekaa­n dengan cara seumpama ini juga muncul di saat saya terkenangk­an diri ketika berada di Australia untuk bekerja beberapa tahun lepas, yang mana saya melihat ada rakyat Malaysia menyambut hari berkenaan walaupun berada jauh dari tanah air.

“Pada saya, tiada sebab kita tidak menyambut hari kebangsaan, lebih-lebih lagi kita kini berpijak di negara sendiri,” katanya.- Bernama

 ??  ?? PATRIOTIK: Mohd Suffian (tengah) tidak akan melepaskan peluang untuk menzahirka­n rasa kecintaann­ya pada negara.
PATRIOTIK: Mohd Suffian (tengah) tidak akan melepaskan peluang untuk menzahirka­n rasa kecintaann­ya pada negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia