Utusan Borneo (Sabah)

Kaedah ‘Direct Attack’ Bombardier lebih efektif

Ia dapat memadam terus ke punca api, amat efektif tangani punca api jauh daripada capaian bomba

- DITANGANI: Kawasan sektor kedua kebakaran semasa tinjauan dron jam 7 pagi semalam ditangani pesawat Bombardier.

MIRI: Kaedah ‘Direct Attack’ atau serangan langsung melalui ‘Water Bombing’ dilakukan pesawat Bombardier milik Agensi Penguatkua­saan MaritimMal­aysia(APMM) lebih efektif berikutan dapat memadam terus ke punca api.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata kaedah ini amat efektif bagi menangani punca api jauh daripada capaian anggota bomba.

“Kaedah Water Bombing efektif jika tumbuhan di paras rendah dan tidak efektif untuk tumbuhan yang tinggi dan tanah gambut.

“Antara cabaran dihadapi pesawat Bombardier kali ini adalah jarak punca air di mana ia mengambil masa kira-kira tujuh minit untuk mengambil air di Sungai Kuala Baram,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini kelmarin.

Operasi pesawat Bombardier diteruskan kelmarin dengan sortie pertama berlepas kira-kira jam 9 pagi dan memfokuska­n memadam kawasan hutan di sektor dua.

Law berkata, turut berada di lapangan pada sektor dua adalah kumpulan bomba, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Naim untuk melakukan kaedah pembanjira­n di situ.

“Sektor pertama masih berasap akan ditangani oleh bomba manakala bagi sektor kedua, bomba akan menangani api dari tepi jalan pasir, kaedah pembanjira­n dilakukan Naim dan pemadaman kawasan hutan dilakukan Bombardier,” katanya.

Ketiga-tiga stesen pemantauan kualiti udara di sinimenunj­ukkanpenur­unan dalam Indeks Pencemaran Udara (IPU) semalam selepas kaedah ‘Water Bombing’ oleh pesawat Bombardier dilakukan.

Stesen Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan Miri mencatat bacaan IPU tahap sederhana iaitu masingmasi­ng 87, 63 dan 60 setakat jam 4 petang.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim

“Kaedah Water Bombing efektif jika tumbuhan di paras rendah dan tidak efektif untuk tumbuhan yang tinggi dan tanah gambut.” PENGUASA KANAN BOMBA I LAW POH KIONG Ketua JBPM Zon 6 Miri

Meng Seah mengesahka­n belum ada tangkapan suspek melakukan khianat meletakkan tombol diikat dengan rumput kering bagi pembakaran di kawasan berdekatan Kompleks Kebajikan Hamidah sebelum ini.

“Laporan polis telah kami terima dan kami menyiasat kes terbabit di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api,” katanya.

 ??  ?? KAEDAH PEMBANJIRA­N: Proses menggunaka­n pam lombong untuk membanjirk­an kawasan terbakar.
KAEDAH PEMBANJIRA­N: Proses menggunaka­n pam lombong untuk membanjirk­an kawasan terbakar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia