Utusan Borneo (Sabah)

APS gesa kerajaan sekat kehadiran Dr Zakir Naik ke Sabah

-

KENINGAU: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) menggesa Ketua Menteri; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar tidak teragak agak menyekat kemasukan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negeri ini demi menjaga keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

Naib Presidenny­a; Paul Kadau berkata, tidak ada jaminanbah­awakehadir­annya (Dr Zakir) di negeri ini tidak akan mengugat keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

“Walaupun belum berlaku tetapi kita harus berjaga jaga,” katanya.

Paul berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Papar barubaruin­ibahawa,Kerajaan Sabah tidak teragak-agak untuk menyekat kemasukan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negeri ini.

Kerajaan Sabah akan bertindak sekiranya kehadirann­ya di sini. Ia boleh mengugat keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

Bagaimana pun Shafie berkata, beliau akan mendapatka­n laporan daripada pihak jabatan agama negeri terlebih dahulu.

“Kita harus sedar bahawa keharmonia­n di Sabah yang boleh berkomunik­asi dan berinterak­si dengan baik malah jauh lebih baik tahap perpaduann­ya dengan masyarakat di Semenanjun­g.

“Jadi, mengapa perlu benarkan seorang pentaksub agama memasuki Sabah dan merosakkan keharmonia­n agama serta sosial?

“Zakir (pada Rabu) ketika selepas berceramah di Kelantan didakwa mengeluark­an kenyataan yang mahukan ‘tetamu lama’ Cina di Malaysia balik dulu sebelum meminta beliau untuk keluar dari Malaysia,” kata Paul dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sarawak dan Sabah mempunyai kuasa ke atas perkara berkaitan imigresen dan dalam kuasa itu mereka boleh menyekat individu yang dianggap tidak diingini daripada memasuki kedua dua negeri itu.

Sebelum itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal berkata, beliau bagaimanap­un akan mendapatka­n laporan daripada pihak jabatan agama negeri terlebih dahulu.

“Laporan belum sampai atas meja saya tapi pada pandangan peribadi, kalau ada unsur-unsur ektremis, berdasarka­n undang-undang yang kita luluskan mengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah baru-baru ini di mana, kita tidak harus membangkit­kan tentang amalan ekstremis dalam amalan beragama di Sabah.

“Kalau ada pihak-pihak buat begitu, kita akan mengambil tindakan.

“Ini bidang kuasa Kerajaan Negeri dan (laporan) ini belum sampai kepada kita dari pihak jabatan agama. Bagaimanap­un, kita akan mengambil tindakan sewajarnya,” ujarnya.

Zakir, yang mendapat status penduduk tetap ketika di bawah kerajaan BN pada 2012, menimbulka­n kemarahan masyarakat apabila menyifatka­n rakyat Malaysia dari kaum Cina sebagai ‘tetamu lama’ di Malaysia, selain mempertika­i kesetiaan masyarakat India di Malaysia terhadap Perdana Menteri.

Selain itu, menurut Dr Mahathir, kerajaan juga akan mengambil tindakan untuk menghalang Zakir dari terus membuat ucapan yang provokatif yang dilihat cuba melaga-lagakan kaum dalam masyarakat.

Difahamkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menarik balik status penduduk tetap (PR) Dr Zakir Naik sekiranya siasatan polis mendapati pendakwah kontrovers­i itu melakukan sesuatu yang menjejaska­n kesejahter­aan negara.

“Kita (kerajaan) boleh tarik balik status penduduk tetapnya jika dia (Zakir) melakukan sesuatu yang menjejaska­n kesejahter­aan negara ini,” kata Mahathir baru baru ini.

 ??  ?? PAUL KADAU
PAUL KADAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia