Utusan Borneo (Sabah)

Humin Jusilin pelukis moden pejuang budaya lokal

- CATATAN KANVAS KOYAK DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

HUMIN Jusilin anak kelahiran pekan Ranau, telah lama berkecimpu­ng dalam berkarya seni lukis sejak tahun 1970 semasa di tingkatan tiga hingga enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, Sabah.

Humin diperkenal­kan kepada seni lukis oleh guru lukisan sekolah tersebut. Semasa di bangku sekolah lagi beliau banyak menghasilk­an karya seni seperti mercu tanda berbentuk logo dengan bahan simen,lukisan serta menjadi pelukis kulit majallah sekolah dan aktiviti berkaitan perasmian dan majlis awam di kampungnya.

Mula tertarik lebih mendalam bidang seni lukis apabila menawarkan mata pelajaran seni sebagai subjek tambahan semasa tingkatn enam. Oleh kerana bakat yang sangat menyerlah ketika itu maka karya Humin banyak dibeli oleh guru, masyarakat sekitar serta menjadi koleksi pihak sekolah.

Hal benda yang diminati oleh Humin Jusilin adalah kehidupan desa di kaki Gunung Kinabalu umpamanya ternakan kerbau dan sapi, landskap ladang sayur serta hasil pertanian di daerah Ranau yang berbukit dan bergunung.

Sewaktu itu bakat yang semakin menyerlah mendapat perhatian umum terutama sekali institusi kesenian tempatan lantas karya beliau menjadi bahan pameran utama di peringkat kebangsaan.

Selepas tamat tingkatan enam beliau telah mendapat tawaran untuk melanjutka­n pelajaran di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu pada ketika itu sebuah institut pengajian tinggi pendidikan guru yang terkenal bukan sahaja di Sabah bahkan di Malaysia.

Semasa di maktab beliau telah mengikuti kursus pendidikan seni visual . Maka dari situ mulalah perjalanan seni Dr Humin meningkat tapak demi tapak sehingga akhirnya menjadi pakar rujuk seni visual di peringkat negeri Sabah.

Oleh kerana sifat yang dahagakan ilmu beliau sangat terbuka kepada ilmu yang kontempora­ri tidak mengira sama ada seni atau sebaliknya oleh sebab itu semasa di Kolej Gaya beliau sangat tertarik kepada mata pelajaran pendidikan IT dan komputer walaupun ketika itu perisian komputer tidak secanggih seperti kini.

Pada akhir tahun 1990 beliau telah di tawarkan sekali lagi mengikuti kursus khas seni visual di Maktab Perguruan Ilmu Khas dan mengambil dalam jurusan seni lukis berbantuka­n komputer.

Disana beliau telah didedahkan kepada komputer grafik yang merangsang kreativiti beliau kerana melalui pengetahua­n IT yang mendalam beliau boleh menghasilk­an karya seni walaupun kompleks dengan segera dan mudaah.

Maka pada masa itu kegilaan beliau adalah mengumpul perisian seni grafik dan seni visual yang banyak di lambakan dalam pasaran oleh syarikat IT di luar negara.

Ketika menjadi guru khas di MPIK beliau juga meneroka disiplin seni dan kraf yang baru terutaaman­ya seni tenunan, seni arca, seni cetakan dan jua seni batik.Minat dalam bidang seni tersebut mempunyai kaitannya dengan sejarah keluarga misalnya bapa beliau seorang pengamal kraftangan tempatan menenun kain dan membuat semphoton sejenis alat tiupan musik tempatan.

Pada tahun 1995 beliau sekali lagi mendapat tawaran melanjutka­n pelajaran di peringkat ijazah seni halus di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Kursus yang memakan masa selama empat tahun itu diikuti dengan komitmen tinggi oleh anak desa dari tanah tinggi Ranau ini dengan begitu ghairah sehinggaka­n kejayaan demi kejayaan menjadi milik beliau.

Semasa di USM beliau didedahkan kepada intisari pendidikan seni secara profession­al bukan sahaja kursus teori seni yang wajib seperti sejarah seni, falsafah seni, kritikan seni bahkan secara prakitikal umpamanya melukis, mencetak, dan yang terbaharu ketika itu mempelajar­i seni arca logam dengan kaedah pencairan logam melalui teknik pelupusan lilin atau Lost Wax Technic dengan bahan tembaga, aluminium dan gangsa.

Teknik pelupusan lilin ini adalah kaedah mencanai logam tradisi yang di pelopori oleh masyarakat Greek Purba tiga ribu tahun lalu yang terkenal sebagai Cire Perdue. Apabila Humin didedahkan kepada kaedah mencetak atau menyalin bentuk yang terbaru beliau dengan bersungguh mendalami teknik lost wax tersebut dengan sepenuh hati, penulis berpeluang menyaksika­n sikap tekun serta dedikasi beliau yang tidak mengenal penat semasa menjadi tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia.

Dengan kegigihan tanpa mengira penat akhirnya beliau berjaya menjadi calon mahasiswa yang sentiasa mendapat anugerah dekan hampir setiap semester. Sehingga kini Dr Humin maseh menghasilk­an karya arca secara tuangan tembaga atau gangsa.

Disamping itu kepetahan dan keterampi seni visual yang di warisi beliau sehingga kini adalah dari didikan pensyarah yang terkenal dalm bidang masing masing seperti penulisan seni visual dari Profesor Zakaria Ali, Seni Batik dari Profesor Dr Mohd Najib Dawa, Seni Komputer Grafik ,Seni Cetakan dari En. Abdul Rahman Muhammad Seni Arca dari Dr Baharudin Mohd Arus.

Tokoh tokoh ini telah membentuk sikap kreatif luarbiasa serta persepsi mantap Dr Humin Jusilin yang merealisas­ikan beliau menjadi seorang pensyarah yang berjaya serta penulis seni ilmiah yang prolifik. Walaupun tidak menonjolka­n diri namun Dr Humin dikenali di kalangan warga seni tempatan melalui pelajar pascanya serta anugerah yang di terimanya di peringkat negeri dan kebangsaan.

Antara anugerah yang paling dibanggaka­n oleh beliau adalah Anugerah Tesis Terbaik Doktor Falsafah (Phd)Gugusan Sastera Universiti Malaysia Sabah, memenangi Karya Pilihan Negeri Sabah (KPTNS) tahun 2000 dan 2001, Balai Seni Lukis Sabah, Hadiah Penulis Buku anjuran DBP Negeri Sabah, 2018 dan 2019 serta banyak lagi penghargaa­n yang di perolehi beliau sejak menceburka­n diri dalam dunia seni dan pendidikan.

Namun begitu sekembalin­ya ke negeri Sabah setelah mendapat Ijazah Seni Halus beliau telah dilantik sebagai Pegawai Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan seterusnya telah ditugaskan menjadi Ketua Panitia Pemeriksa kertas peperiksaa­n pendidikan seni lukis di zon Negeri Sabah dan Sarawak satu tanggung jawab yang berjaya di lunaskan oleh Dr Humin Jusilin.

Selang beberapa tahun beliau telah melanjutka­n pelajaran seni IT dan seni grafik komputer di Universiti Malaysia Sabah di peringkat Sarjana. Seterusnya atas ketekunan serta keazaman yang tinggi untuk berjaya beliau telah diterima melanjutka­n pelajaran di peringkat Phd pada tahun 2011 dan berjaya memperoleh­i Doktor Falsafah selepas tiga tahun dengan menggondol anugerah tesis terbaik pada tahun tersebut di Universiti Malaysia Sabah.

Setelah menjadi tenaga pengajar di UMS beliau banyak meluangkan masa membuat penyelidik­an berkaitan seni dan kebudayaan masyarakat etnik negeri Sabah. Sehingga kini hampir sepuluh buah buah sudah terhasil dari usaha penyelidik­an yang beliau jalankan bersama mahasiswa dan siswi di Fakulti Kemanusian Seni dan Warisan,UMS.

Jika diteliti karya seni arca Dr Humin Jusilin menunjukka­n satu kelainan jika dibandingk­an dengan hasil karya seni arca tempatan. Selain dari bahan yang tidak pernah diterokai oleh pelukis tempatan seperti tembaga dan plaster bentuk arca beliau juga unik.

Dengan merujuk karya siri Siput Manifestas­i Budaya Dusun terdapat satu olahan karya berbentuk geometrik. Di samping itu karya tersebut menggambar sudut pandangan masyarakat Dusun yang menjadi pribumi terbesar negeri Sabah.

Pengulanga­n garisan seolah mengarahka­n audien kepada pengalaman pergerakan dinamik. Kebanyakan karya arcawan Sabah ini dirujuk kepada idola beliau tokoh arcawan Eropah, Constantin Brancusi dan Henry Moore.

Dr Humin telah membuka jalan kepada pelukis muda tempatan untuk mencapai kejayaan bukan sahaja seorang pelukis boleh berjaya sebagai seorang pelukis semata mata bahkan pelukis menjadi relevan setiap masa berdasarka­n ilmu serta kajian yang di jalan.

Pelukis tidak semestinya meniru alam tetapi berupaya untuk membuat transforma­si menghasilk­an adikarya yang unggul sepertiman­a yang diterokai oleh Dr Humin yang sentiasa mencari peluang dan lapangan kajian beliau. ***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? PELUKIS sedang mengolah karya Kolaj.
PELUKIS sedang mengolah karya Kolaj.
 ??  ?? BUKU Hasil Kajian di Pendalaman Sabah.
BUKU Hasil Kajian di Pendalaman Sabah.
 ??  ??
 ??  ?? BUKU ilmiah hasil penyelidik­an Dr Humin.
BUKU ilmiah hasil penyelidik­an Dr Humin.
 ??  ?? SUANG Lotud terbitan 2019.
SUANG Lotud terbitan 2019.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia