Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda autisme agih biskut raya percuma

-

KOTA BHARU: Mempunyai autisme tidak menghalang Muhammad Farid Fakhruddin MdFauzan,21,untukberko­ngsi rezeki apabila melancarka­n kempen ‘Hamper Biskut Raya’ yang bertujuan mengagihka­n biskut raya kuih kapit kepada golongan asnaf.

Beliau berkata kempen itu, yang bermula sejak April lepas, berjaya mengutip RM500 hasil sumbangan orang ramai bagi projek amalnya itu.

“Hasil sumbangan orang ramai itu digunakan untuk membeli barangan keperluan bagi menghasilk­an biskut raya dan kuih kapit yang akan diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh di sini, pada Sabtu.

Farid berkata biskut raya dan kuih kapit yang akan diagihkan itu dibuat dan dibakar olehnya sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa.

“Saya memang tidak boleh tengok orang yang susah dan saya akan cuba membantu setakat yang saya mampu.

“Alhamdulil­ah, walaupun sumbangan yang diterima tidaklah banyak namun sedikit sebanyak ia dapat merealisas­ikan hasrat saya untuk melaksanak­an projek amal pertama ini,” katanya sambil menambah idea projek berkenaan dicetuskan ibunya, Roselina Mohamad Mahiddin,45 tahun.

Anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, bermula Khamis lepas beliau telah mengagihka­n bantuan biskut raya kepada enam keluarga yang tinggal di sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas.

“Bagi projek amal pertama ini saya menyasarka­n dapat membantu sekurangku­rangnya 20 keluarga sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau memperuntu­kkan kira-kira tiga jam sehari untuk menyiapkan empat hingga lima balang kuih kapit setiap hari dengan pelbagai perisa seperti nutella, coklat, mentega kacang dan cappucino.

Sementara itu, Roselina berkata, Muhammad Farid Fakhruddin mengalami masalah Attention Deficit Hyperactiv­ityDisorde­r(ADHD) dan mempunyai minat yang tinggi dalam bidang masakan.

Minat itu turut menjadi terapi yang sangat bagus bagi membantu keadaan Muhammad Farid Fakhruddin untuk fokus dan menjadi lebih baik. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia