Utusan Borneo (Sabah)

Lagi cubaan seludup tumpas

-

KUCHING: Sebanyak 232 tong gas petroleum cecair (LPG) dipercayai cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Ops Batas di sebuah gudang di Tebedu dekat sini, pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah Superinten­den Rosdi Inai berkata, kesemua tong gas tersebut disembunyi­kan di atas sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun.

Menurutnya, pemandu lori terbabit gagal mengemukak­an sebarang dokumen yang sah daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung muatan tersebut.

“Operasi sekitar jam 7.30 malam (Khamis) itu membawa kepada penemuan 232 tong gas LPG yang dipercayai akan diseludup ke nagara jiran melalui jalan darat dan akan dipasarkan ke sekitar Kalimantan, Indonesia.

“Kesemua tong gas serta lori tersebut yang dianggarka­n mencecah RM203,360 dirampas dan pemandu bersama kelindanny­a yang juga merupakan lelaki warga tempatan berusia 48 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, kes tersebut akan dirujuk kepada KPDNHEP untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, Rosdi memberitah­u pasukannya berjaya merampas rokok dan arak dianggarka­n bernilai RM136,000 dalam Ops Libas di Jalan Lubang Angin Lama, Bau dekat sini sekitar jam 2.30 petang kelmarin.

Operasi diketuai ASP Mohd Mazlan Mohd Arif merampas 2,500 kotak rokok dan 510 kotak minuman keras yang disembunyi­kan di dalam sebuah premis.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati penjaga premis berkenaan gagal menunjukka­n sebarang dokumen yang sah berhubung pemilikan barang-barang tersebut,” katanya.

Siasatan lanjut membawa kepada penangkapa­n dua lelaki tempatan berusia 26 dan 65 tahun dipercayai pemilik premis serta barang-barang tersebut, katanya.

“Maklumat yang diperolehi mendapati barangan tersebut diseludup dari negara jiran melalui jalan darat untuk pasaran di sekitar Kuching,” jelasnya.

Kes diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda mimimun 10 kali nilai barang dan maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.

“Justeru, kita memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurka­n sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah terutama di kawasan sempadan agar tindakan segera dapat diambil kerana kita memadang serius dengan setiap maklumat yang diperolehi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia