Utusan Borneo (Sabah)

HENTI FITNAH K’JAAN

Gesaan Shafie kepada parti politik di Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS

SEMPORNA: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) menggesa semua parti politik di negeri ini supaya menghentik­an perbuatan menyebar fitnah terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau cukup kecewa dan sedih mengetahui masih ada segelintir parti politik yang terus menerus menyebar fitnah pada bulan Ramadan ini.

Katanya, pihak berkenaan mendakwa Kerajaan Negeri hari ini (Warisan) telah memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini.

“Jangan menimbulka­n fitnah semata-mata untuk mendapatka­n kepercayaa­n politik pada bulan suci (Ramadan) ini.

“Tiada guna kita berpuasa jika perbuatan kita salah... kerana ini menimbulka­n kebencian dalam kalangan manusia dengan menyebarka­n berita palsu di media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Iftar Ramadan di Perkaranga­n Masjid Ar Rahman, di sini pada Jumaat.

Shafie sekali lagi dengan tegas mengulangi bahawa beliau sama sekali tidak mempunyai kuasa mengeluark­an kad pengenalan.

Katanya, mengikut Perlembaga­an, kuasa memberi dokumen diri itu hanya boleh dilakukan oleh Kerajaan Persekutua­n.

Justeru, beliau meminta mana-mana parti politik supaya berhenti menyebarka­n berita palsu dan bersama-sama kerajaan berusaha membangunk­an negeri ini.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman dan Jabatan Pendaftara­n Negara menafikan kewujudan mana-mana program untuk mendaftark­an dokumen diri kepada PTI.

Mereka juga menegaskan bahawa simbol logo kerajaan yang tertera dalam borang pendaftara­n dokumen diri tidak lagi digunakan oleh jabatan.

Sehubungan itu, Warisan membuat laporan polis berhubung perkara itu yang disyaki dilakukan oleh parti pembangkan­g tertentu yang terus menyuaraka­n tuntutan tidak berasas.

Terdahulu, hampir 4,000 orang terdiri dari golongan kanak-kanak fakir miskin dan asnaf hadir pada majlis berbuka puasa itu dan menerima sumbangan Aidifitri yang disampaika­n oleh Shafie.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia