Utusan Borneo (Sabah)

Muis terima RM3,267,415.81 zakat pendapatan

Zakat pendapatan daripada 11 syarikat swasta dan kerajaan

-

KOTA KINABALU: Sebanyak RM3,267,415.81 zakat pendapatan daripada 11 syarikat swasta dan kerajaan diserahkan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) pada Jumaat.

Zakat tersebut diserahkan kepada Yang Dipertua Muis Datuk Dr Hasbullah Taha disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin semasa Majlis Berbuka Puasa anjuran Muis dan Majlis Penyampaia­n Zakat Perniagaan 2019/1440h.

Lembaga Tabung Haji Sabah merupakan pembayar terbesar zakat perniagaan bagi tahun 2018 iaitu RM 1,706,981,57 yang diserahkan oleh Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah, Datin Hajah Nurlaila Haji Said.

Antara syarikat lain yang membuat pembayaraa­n juga adalah Kumpulan ETIQA Takaful Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Bank Pertanian Malaysia (AgroBank).

Turut membuat pembayaran adalah SMC Healthcare Sdn Bhd (KPJ Sabah Specialist Hospital), Koperasi Bersatu Kampung Suasa Beaufort Berhad, Koperasi Pembanguna­n Tanah Mitrajaya Berhad, Salleh Truck and Trailer manufactur­er Sdn Bhd dan Akademi Binaan Malaysia (Sabah) Sdn Bhd.

Wang zakat berkenaan akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf iaitu Fakir, Miskin, Amil, Mualaf, AlGharimin (Orang Yang Berhutang), Al-Riqab (Hamba), Ibri Sabil dan Fi Sabilillah di negeri ini.

Pada majlis, Tun Juhar turut menyampaik­an bantuan zakat kepada 20 keluarga dari golongan asnaf fakir miskin.

Hadir sama ialah Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Haji Aidi Haji Moktar dan isteri, Datin Hajah Faridah Mohammad, Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan Mayor Datuk Haji Nordin Siman.-Penerangan.

 ??  ??
 ??  ?? WAKIL-wakil syarikat bergambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah) selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan kepada Muis.
WAKIL-wakil syarikat bergambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah) selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan kepada Muis.
 ??  ?? PENGERUSI Koperasi Bersatu Kampung Suasa Beaufort Berhad, Ruslan Muharam (tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek RM21,291.65 sebagai pembayaran zakat perniagaan kepada Hasbullah (empat dari kanan) sambil disaksikan oleh Tun Juhar (tiga dari kanan).
PENGERUSI Koperasi Bersatu Kampung Suasa Beaufort Berhad, Ruslan Muharam (tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek RM21,291.65 sebagai pembayaran zakat perniagaan kepada Hasbullah (empat dari kanan) sambil disaksikan oleh Tun Juhar (tiga dari kanan).
 ??  ?? FARIDAH (kiri) menyampaik­an bantuan zakat kepada golongan asnaf.
FARIDAH (kiri) menyampaik­an bantuan zakat kepada golongan asnaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia