Tukang masak atas kapal galas peranan, tanggungjawab besar
BINTULU: Tukang masak memainkan peranan serta memikul tanggungjawab besar terutamanya sebagai tukang masak atas kapal memandangkan ia bukan seperti berada di darat apabila keadaan laut bergelora ketika memasak.
Keadaan tersebut antara pengalaman yang dilalui tukang masak untuk anggota kapal maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu semasa operasi rondaan dan mengekang pencerobohan nelayan asing di perairan Bintulu.
Tukang masak tersebut ialah Laskar Kelas 1 (LK1) Maritim Zainal James yang telah tiga tahun menjadi tukang masak kepada rakan anggota lain dalam Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu.
Berasal dari Tanjung Bundong, Samarahan Zainal pernah menjalani latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah Kuantan Pahang.
Sajian masakan air tangan Zainal adalah masakan kampung.
“Saya hanya menyediakan menu masakan kampung yang biasabiasa sahaja,” katanya merendah diri semasa ditemui pengamal media sempena operasi rondaan dan pemeriksaan kapal nelayan tempatan di perairan laut Bintulu petang Rabu.
Meskipun masakan biasa tetapi ia memenuhi selera anggota maritim lainnya dan menurutnya rakanrakan lain turut membantunya dalam menyediakan masakan di KM Tabah pada sebelah siang dan malamnya.
Pada kali ini Zainal dipertanggungjawabkan untuk menyedia juadah berbuka puasa semasa operasi pada petang Rabu dengan hidangan yang disediakan ialah kari ayam, ikan goreng segar dari laut, sayuran-sayuran, nasi putih, buah-buahan, kuih-muih dan sebagainya.
Kelihatannya amat mudah untuk Zainal memasak atas KM Tabah namun hakikatnya pada waktu tertentu cabarannya besar apabila keadaan laut bergelora.
Danyangpalingpentingmasakannya bukan hanya memenuhi selera rakan anggota maritim lain bahkan turut menerima pujian daripada pengamal media yang berbuka puasa bersama dengan anggota Maritim Zon Bintulu petang Rabu.