Sumber maklumat golongan belia
MBS lancar laman web ‘One Stop Centre’
KOTA KINABALU: Aspirasi golongan belia yang terdiri daripada anak muda pada hari ini bukan lagi dipandang sebagai angan-angan Mat Jenin.
Idea mereka mula diangkat dan direalisasikan menjadi kenyataan. Setiap suara yang dilontar daripada belia kini dianggap penting sebagai antara penyumbang terhadap kemajuan negara.
Selaridenganaruskemodenan pada hari ini, sebuah laman web Majlis Belia Sabah dilancar oleh Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe sebagai ‘One Stop Centre’ buat golongan itu.
Menurut Presidennya Ahmad Farid Sainuri, portal itu dilancarkan sebagai inisiatif buat golongan belia mendapatkan maklumat berkenaan dengan peluang pendidikan, keusahawanan, program kepimpinan dan program antarabangsa.
“Apabila kita pergi ke kawasan pedalaman di Sabah, ramai anak muda yang mengeluh mengenai capaian informasi terkini mengenai pendidikan ataupun bidang perniagaan.
“Mereka tidak tahu di mana sumber yang boleh mereka rujuk untuk mendapatkan maklumat berkenaan.
“Walhal, begitu banyak peluang, latihan dan geran perniagaan yang disediakan buat golongan belia hari ini daripada pihak kerajaan.
“Oleh itu, kami mengambil kira permasalahan mereka dan mewujudkan portal MBS demi memudahkan golongan ini mendapatkan pelbagai info yang berguna khusus buat mereka sendiri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan Pelancaran Laman Web MBS di sebuah hotel, di sini pada Rabu.
Tambah Farid, anak muda yang gagal dalam peperiksaan SPM tidak seharusnya berputus asa dalam kehidupan mereka.
“Masih terdapat peluang untukmerekabelajarkemahiran ataupun mendapatkan geran perniagaan. Maklumatmaklumat ini tersedia dalam portal MBS.
“Kami juga menyediakan ruang buat pengguna untuk menambahapasahajamaklumat bersesuaian yang mereka ketahui yang tidak tersenarai dalam portal ini,” katanya.
Dalam pada itu, Farid turut menyeru golongan belia supaya tidak melepaskan apa sahaja peluang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan.
“Kami berharap selepas ini lebih ramai penyertaan daripada golongan belia dalam apa sahaja aktiviti yang disediakan oleh kerajaan dan tidak mensiasiakannya,” ujar beliau.
Para belia yang mahu mendapatkan info dan pengetahuan terkini mengenai peluang sedia bolehlah melayari laman web Majlis Belia Sabah di www.beliasabah.org.my.