185 peserta hadiri Kursus Pra Perkahwinan anjuran Jakmas KKE
KOTA KINABALU: Seramai 185 peserta menyertai Kursus Pra Perkahwinan anjuran Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Excellent (KKE), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 26 hingga 27 April 2019 baru-baru ini bertempat di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, UMS.
Program ini adalah dengan kerjasama Mawaddah Company. Peserta adalah terdiri daripada mahasiswa UMS dan juga orang awam.
Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang bertauliah, antaranya Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Atilin, Ustaz Baharuddin Haji Alwi, Ali Zainal Haji Maidin, Mohd Ikram Haji
SESI bergambar bersama tetamu khas dan peserta kursus.
Aidi dan Rubiah Nordin.
Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengetua Kolej Kediaman Excellent (KKE), Mat Usup Haji Rasid. Turut hadir dalam majlis penutupan ini wakil Mawaddah Company Mansur Alfin Nasir, barisan felo dan Naib Yang Dipertua Jakmas KKE Ardianshay Jamaluddin.
Mat Usup dalam ucapannya berkata Kursus Pra Perkahwinan ini adalah penting kerana peserta mempelajari bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami atau pun isteri.
“Ia menjadi satu medan untuk mempersiapkan diri bagi mendalami ilmu alam berumah tangga dengan lebih mendalam pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berharap program ini akan berterusan pada masa akan datang. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program ini terutama pengarah program Muhammad Ariff Syahriffin Mat Rabuan dan ahli jawatankuasa.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam Kursus Pra Perkahwinan ini terutama daripada orang awam.
“Mudah-mudahan apa yang dilakukan ini mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T,” katanya.