Utusan Borneo (Sabah)

Semarakkan al-Quran, lengkapi rawatan moden

- Jabatan Penerangan

ALUNAN ayat suci merdu berkumanda­ng di Ballroom Wisma Wanita Kota Kinabalu pada pagi Ahad, dibaca secara beramai-ramai oleh 300 orang jemputan.

Jemputan yang hadir terdiri daripada lebih kurang 20 persatuan wanita di Kota Kinabalu, termasuk ahli Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (Pertiwisa) dari daerah Beaufort, Kota Belud, Tuaran dan Sandakan.

Lebih manis lagi, Majlis Semarak Ramadan Pertiwisa turut dihadiri oleh Penaungnya Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Seusai doa khatam al-Quran dibacakan oleh Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Sabah Ustaz Haji Muchlis Ali Kassim, jemputan turut berpeluang mendengar tazkirah bertajuk ‘Keberkatan Al-Quran’ yang disampaika­n oleh Mufti Negeri Sabah Datuk Haji Bungsu @Aziz Jaafar.

Bungsu gembira apabila sepanjang bulan ini ramai yang berusaha untuk menyemarak dan memeriahka­n Ramadan dengan pelbagai program, termasukla­h Program Khatam Al-Quran.

“Tetapi ada kalanya kita terlupa kumpulan sasar iaitu remaja, jadi untuk golongan ini, kita perlu buat sesuatu yang sesuai dengan jiwa orang muda.

“Antara yang boleh kita

cadangkan dan masih lagi berfokus kepada al-Quran ialah Program Penghayata­n dan Intipati Al-Quran yang berkaitan sains dan teknologi ataupun kita bahaskan alQuran yang berkaitan remaja.

“Antaranya cerita seperti Ashabul Kahfi, iaitu remaja yang terkurung dalam gua ataupun Ashabul Ukhdud (Para Pembuat Parit) atau kisah-kisah Nabi Isa a.s. kerana nabi Isa juga remaja dan baru sahaja berusia 32 tahun ketika diangkat ke langit.

“Kita cuba ambil pendekatan ini dengan memenuhi selera remaja, jadi mereka tidak ketinggala­n dan mereka masih lagi kita libatkan dalam penyemarak­an Ramadan,” jelasnya.

Tambahnya, gajet yang ada sekarang ini juga amat membantu dalam bacaan alQuran serta huraian hadis kerana melaluinya memang sangat sesuai untuk remaja.

Daripada hukum syarak memang dibolehkan, cuma pastikan ia aplikasi yang diiktiraf oleh kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Daripada segi konteks al-Quran, aplikasi yang rasmi yang diterima oleh Jakim ialah SmartQuran, sebab memang banyak aplikasi seumpamany­a yang boleh dimuat turun tetapi pengguna perlu berhatihat­i kerana ada di antaranya merupakan aplikasi yang diragui,” katanya.

Bungsu juga menyifatka­n gabungan rawatan moden dan al-Quran sebagai elemen saling melengkapi antara satu sama lain.

“Jika dilihat kembali pada zaman Rasulullah SAW, terdapat banyak hadis diceritaka­n dan mengharusk­an penggunaan ayat al-Quran dalam perubatan.

“Ini sebagaiman­a firman Allah maksudnya: ‘Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang beriman .... ’ (al-Israa’: 82).

“Keseluruha­n al-Quran itu merupakan penawar kepada segala penyakit, khususnya penyakit-penyakit rohani, tetapi ini tidak bermaksud kita harus meninggalk­an rawatan moden,” katanya.

Jelasnya rawatan moden tidak ada ubat untuk rawatan kerohanian, ia hanya merawat fizikal seperti sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain, tetapi al-Quran boleh merawat kedua-duanya iaitu merawat penyakit yang berpunca daripada dalaman dan juga fizikal.

“Tetapi jangan sekalikali kita tinggalkan rawatan moden, sebab kita disuruh untuk berubat, hadis nabi juga ada menyebut agar kita berubat sama ada cara tradisiona­l ataupun moden, asal sahaja tidak terlibat dengan rawatan syirik,” katanya.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengawalan bahanbahan penerbitan al-Quran, di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Jakim.

“Badan ini ada penguatkua­saan kastam dan KDN, yang akan menapis bahan-bahan yang ada alQuran tetapi tidak memenuhi kriteria, maka bahan-bahan ini akan disita. Contohnya, ayat-ayat al-Quran yang dijual tetapi tidak tepat dengan penulisann­ya maka ia boleh dirampas.

“Wafak juga dirampas kerana ada ditulis ayat al-Quran padanya. Lagi satu tujuannya yang tidak dibenarkan oleh syarak misalnya wafak itu diletak di jaket untuk kebal yang terangtera­ngan bercanggah dengan tujuan al-Quran kerana ayat itu telah dimanipula­si untuk tujuan yang tidak syarie,” jelasnya.

Bungsu turut berharap agar penghayata­n al-Quran sentiasa disemarakk­an sepanjang Ramadan dan umat Islam untuk keluar dari kepompong biasa untuk membaca al-Quran, bertadarus, mengkhatam­kan sekali gus menghayati makna al-Quran.

“Kita mahu juga kebaikan pada bulan Ramadan ini dikongsi, al-Quran menyuruh kita berlumba-lumba membuat kebaikan iaitu kebajikan kepada orang-orang asnaf, miskin, fakir, malahan kepada mualaf mahupun orang bukan Islam yang susah.

“Kita di Sabah ramai saudara mara yang bukan Islam, dan Islam tidak melarang kita membantu mereka sedangkan dalam bulan ini kita boleh luaskan skop kebajikan itu kepada yang bukan Islam yang memerlukan. Itu sebenarnya semangat Ramadan,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang peserta, Hajah Kamsiah Ajing yang hadir bersama tujuh ahli Pertiwisa cawangan Sandakan, berkata tahun ini merupakan kali kedua beliau menghadirk­an diri ke majlis Khatam AlQuran anjuran Pertiwisa negeri.

Menurutnya, Pertiwisa Sandakan turut mengadakan Program Tadarus Al-Quran dan Khatam Al-Quran yang kini sudah mencapai juzuk ke16 sejak dimulakan pada hari pertama Ramadan, melibatkan 30 ahli.

“Banyak aktiviti yang dilakukan untuk menyemarak­kan Ramadan seperti Program Sedekah Jumaat ku dengan menghantar kuih muih dan air mineral di setiap masjid di bandar Sandakan setiap minggu untuk jemaah, untuk orang kurang berkemampu­an, anak yatim serta mualaf dan juga lawatan ke hospital melawat orang sakit

“Dana yang digunakan daripada ahli serta keluarga dan kawan-kawan, setiap minggu kami akan buat pungutan, dan aktiviti ini sudah dilakukan hampir tiga tahun kerana sokongan untuk melakukann­ya sangat menggalakk­an.

“Selain itu, kami juga membuat perkhidmat­an mencuci telekung-telekung dari surau sekolah dan juga pusat beli-belah serta masjidmasj­id,” jelas Kamsiah.

Selaku pengerusi, beliau turut mengharapk­an agar lebih ramai lagi golongan muda terutama sekali wanita untuk turut serta dalam kerja amal.

Dalam Pertiwisa di Sandakan, katanya, pihaknya buat kebanyakan­nya aktiviti luar seperti program amal, kraftangan dan masakan yang mampu menarik minat orang muda untuk turut serta.

Pihaknya berharap orang muda menjadi pelapis untuk menyambung perjuangan kami kerana mereka juga sudah veteran.

“Saya suka persatuan ini kerana sebelum sertai Pertiwisa, kami jarang buat kerja amal, tapi sekarang hampir setiap hari buat amal.

“Kita juga berharap Pertiwisa terus maju dan mendapat sokongan pelbagai pihak kerana ia juga satu badan yang membantu kerajaan.

“Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Sabah (Jais) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) yang banyak membantu kami dari segi peralatan memasak serta kewangan hingga kami dapat meneruskan aktiviti kami untuk masyarakat,” katanya.

Turut hadir, Yang Dipertua Pertiwisa Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib, Pengerusi Pertiwisa Hajah Zaleha Mohd Kassim Kassim dan Pengerusi Puspanita Sabah Datin A’zah Ismail.-Artikel

 ??  ?? NORLIDAH merakamkan kenangan bersama AJK Pertiwisa Negeri Sabah. NORLIDAH (tengah) turut bersama-sama mengalunka­n ayat suci al-Quran. ANTARA jemputan yang hadir bersama dalam majlis khatam al-Quran.
NORLIDAH merakamkan kenangan bersama AJK Pertiwisa Negeri Sabah. NORLIDAH (tengah) turut bersama-sama mengalunka­n ayat suci al-Quran. ANTARA jemputan yang hadir bersama dalam majlis khatam al-Quran.
 ??  ?? AHLI Pertiwisa dari seluruh negeri mengambil kesempatan bergambar bersama Norlidah.
AHLI Pertiwisa dari seluruh negeri mengambil kesempatan bergambar bersama Norlidah.
 ??  ?? ZALEHA (kiri) menerima sumbangan daripada Norlidah.
ZALEHA (kiri) menerima sumbangan daripada Norlidah.
 ??  ?? BUNGSU @AZIZ JAAFAR
BUNGSU @AZIZ JAAFAR
 ??  ?? KAMSIAH AJING
KAMSIAH AJING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia