Utusan Borneo (Sabah)

Ginger Phoong sedia mendengar

Jadikan KBSS platform terbaik majukan belia dan sukan Sabah

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Menteri Belia Dan Sukan Sabah yang baharu Ginger Phoong Jin Zhe sedia mendengar dan berkerja bersama bagi menjadikan kementeria­nnya platform terbaik memajukan belia dan sukan negeri ini.

“Sangat penting untuk berkerjasa­ma dengan kamu semua kerana kamu semua sudah lama dan lebih berpengala­man di sini.

“Saya di sini untuk berkerja dengan anda dan mendengar sebarang cadangan dari anda untuk kementeria­n ini melaksanak­an tangungjaw­abnya dengan baik,” kata Ginger Phoong kepada warga KBS Sabah sebaik memasuki pejabat Menteri Belia Dan Sukan di Wisma Muis dekat sini dan memulakan tugas secara rasmi, Selasa.

Ginger Phoong bergegas ke pejabat baharunya itu sebaik mengangkat sumpah sebagai Ahli Jemaah Menteri, di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin, di Istana Negeri di sini.

“Walaupun saya menteri baharu tetapi kerajaan baharu sudah ditubuhkan selama satu tahun dan (oleh itu) kita tidak ada masa untuk dilengahka­n.

Saya di sini untuk berkerja dengan anda dan mendengar sebarang cadangan dari anda untuk kementeria­n ini melaksanak­an tangungjaw­abnya dengan baik.

GINGER PHOONG JIN ZHE Menteri Belia Dan Sukan Sabah

“Sayaperlu‘pickup’(cepat) berkerja sekarang. Sebab itu, selepas sahaja upacara angkat sumpah tadi, saya terus datang ke pejabat (Menteri Belia Dan Sukan) dan tidak perlu apa-apa sambutan besar kerana sudah pun satu tahun kerajaan baharu ditubuhkan,” katanya.

Ginger Phoong berkata, tugas pertamanya ialah memahami fungsi kementeria­n dan agensinya secepat mungkin, sebelum Hari Raya Puasa.

“Saya harap sebelum Kaamatan, sebelum Raya, saya tahu semua mengenai Kementeria­n ini dan akan adakan mesyuarat untuk dapatkan idea bagaimana kita meneruskan langkah ke hadapan,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Datuk Frankie Poon Ming Fung yang telah menjalanka­n tugas selama setahun sebagai Menteri Belia Dan Sukan dan berjanji akan meneruskan kerja-kerja menteri sebelumnya itu.

“Saya yakin dia (Frankie) sudah merancang sesuatu. Perancanga­n baik itu dan semua kerja yang telah dilakukann­ya tidak akan diberhenti­kan ... kita akan teruskan dan bahkan akan pastikan buat dengan lebih baik,” katanya.

Sambil itu dalam akaun F a c e Book, Ginger Phoong berkata akan menjalanka­n amanah sebagai Menteri dengan sedaya upaya, mengangkat suara belia ke Kabinet dan memperjuan­gkan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak muda.

 ?? -Gambar Bernama ?? GINGER Phoong ketika mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baharu di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah pada Selasa. Turut menghadiri, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
-Gambar Bernama GINGER Phoong ketika mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baharu di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah pada Selasa. Turut menghadiri, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
 ??  ?? GINGER Phoong memasukkan Kad Perakam Waktu (Punch Card) pada hari pertamanya memasuki pejabat Menteri Belia Dan Sukan Sabah di Wisma Muis, Selasa. Turut kelihatan ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah, Mohd Yusrie Abdullah.
GINGER Phoong memasukkan Kad Perakam Waktu (Punch Card) pada hari pertamanya memasuki pejabat Menteri Belia Dan Sukan Sabah di Wisma Muis, Selasa. Turut kelihatan ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah, Mohd Yusrie Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia