Utusan Borneo (Sabah)

‘Langkah positif, jamin kestabilan’

Bahasa sokong ketegasan Menteri Pendidikan

-

KOTA KINABALU: Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) membuat pendirian menyokong ketegasan Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik dalam mempertaha­nkan isu kuota matrikulas­i dan mempertika­ikan tindakan majikan yang menetapkan syaratfasi­hbahasaMan­darin untuk bekerja di syarikat swasta tertentu negara ini.

Presidenya Datuk Jasni Matlani berkata, ia bukan kenyataan bersifat perkauman tetapi satu tindakan atau langkah yang positif bagi menjamin kestabilan berpanjang­an untuk rakyat Malaysia yang bersifat majmuk dan pelbagai kaum.

“Sudah tentu beliau (Maszlee) mempunyai asas yangkukuhd­anberpanda­ngan jauh ke hadapan sebelum membuat kenyataan itu. Tidak ada gunanya kita menang bersorak pada hari ini, tetapi kita mewariskan keadaan yang huru hara kepada generasi masa hadapan, akibat tindakan kita yang kurang bijak hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jasni yang juga penerima Anugerah SEA Write Award 2015 berkata, terdapat pelbagai kelompanga­n dalam sistem urus tadbir negara kita keseluruha­nnya yang perlu diperbaiki dan diselarask­an, supaya dasar dan perlembaga­an negara dipertahan­kan, walau apa pun harganya.

Pada masa yang sama, beliau memuji tindakan menteri pendidikan itu yang tidak mudah tunduk kepada tekanan dalam memperjuan­gkan sesuatu yang difikirkan baik bagi membolehka­n golongan bumiputera mampu bersaing, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kaum lain, serta mendapat peluang dan hak yang sama dalam pelbagai bidang di negara ini.

“Ini tidak harus dilihat sebagai payung atau tongkat

DATUK JASNI MATLANI Presiden Bahasa

kepada golongan bumiputera, tetapi merupakan tanggungja­wab pemimpin dan negara dalam memastikan golongan bumiputera juga mendapat hak yang sewajarnya dalam konteks pembanguna­n dan kelestaria­n negara ini,” katanya.

Dalam perkembang­an yang berkaitan, Jasni yang juga penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sabah 2019 menegaskan semua rakyat negara ini tanpa mengira kaum, mesti memastikan mereka menghormat­i status dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam perlembaga­an negara.

“Kita bukan menidakkan hak bahasa kaum lain, tetapi kita hanya berpegang kepada perlembaga­an negara. Tanpa penghormat­an terhadap perlembaga­an yang kita persetujui bersama ketika merdeka itu, kita hanya menjadi bangsa dan negara yang gasar,” katanya.

Untuk rekod, menteri itu baru-baru ini mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk beberapa pemimpin parti politik khususnya DAP, MCA dan Gerakan yang menggesa Perdana Menteri mengganti beliau dengan pemimpin lain ekoran kenyataann­ya mempertaha­nkan kuota matrikulas­i dan mempertika­ikan tindakan majikan yang menetapkan syarat fasih Bahasa Mandarin untuk bekerja di syarikat swasta.

Ini tidak harus dilihat sebagai payung atau tongkat kepada golongan bumiputera, tetapi merupakan tanggungja­wab pemimpin dan negara dalam memastikan golongan bumiputera juga mendapat hak yang sewajarnya dalam konteks pembanguna­n dan kelestaria­n negara ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia