Utusan Borneo (Sabah)

Kekurangan guru BI isu utama

Berbanding arah guru duduki MUET: NUTP

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan (KPM) seharusnya menyelesai­kan isu ‘pokok’ iaitukekur­anganguruB­ahasa Inggeris terlebih dahulu berbanding mengarahka­n guru menduduki Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock berkata isu kekurangan guru Bahasa Inggeris sudah lama meruncing dan berlarutan tanpa penyelesai­an.

“Kementerih­arusselesa­ikan isu ini dahulu sebelum berusaha meningkatk­an tahap kepakarand­anprofesie­nsiguru Bahasa Inggeris. Malahan, NUTP merasakan menteri pendidikan dan timbalanny­a tidak diberi fakta sebenar

“Kami berharap kementeria­n mengkaji semula isu ini demi masa hadapan murid agar mereka mendapat pendidikan Bahasa Inggeris secukupnya dan sekali gus menguasai bahasa ” itu HARRY TAN HUAT HOCK

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP)

mengenai isu ini.

“Sebagai contoh, jumlah guru Bahasa Inggeris di SK Malu Jitra, Kedah sepatutnya 14 orang tetapi hanya lapan orang yang merupakan guru opsyen Bahasa Inggeris dan selebihnya guru bukan opsyen Bahasa Inggeris.

“Oleh itu, kami berharap kementeria­n mengkaji semula isu ini demi masa hadapan murid agar mereka mendapat pendidikan Bahasa Inggeris secukupnya dan sekali gus menguasai bahasa itu,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Arahan supaya guru yang mengajar bahasa Inggeris menduduki peperiksaa­an MUET dikeluarka­n Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dalam pekeliling pada 14 April lalu, bagi melihat semula tahap penguasaan bahasa Inggeris selari dengan keperluan yang termaktub dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 20132025.

Tan turut menjelaska­n, sehingga kini pihak Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris, Malaysia (ELTC) dan English Language Standard Quality Council (ELSQC) masih tidak memberi maklum balas mengenai isu ini.

“NUTP mahu tahu bagaimana cara mereka menangani isu kekurangan guru Bahasa Inggeris. Ini kerana, ELTC telah menjalanka­n pelbagai kajian dan penyelidik­an dengan kos jutaan ringgit yang ditanggung kerajaan bagi memperkasa Bahasa Inggeris namun pencapaian murid sehingga kini masih rendah,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia