Utusan Borneo (Sabah)

UMS sasar pelajar ke program Huawei Seeds for the Future di China

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyasarka­n sekurang-kurangnya dua pelajar terpilih mewakili Malaysia ke program Huawei Seeds for the Future di China yang berlangsun­g pada 28 Jun sehingga13 Julai 2019.

Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Komuniti UMS, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri berkata, sasaran itu berdasarka­n pencapaian UMS yang sebelum ini pernah bersama beberapa pelajar universiti lain terpilih mewakili negara sebanyak dua kali.

“Sebagai makluman, program anjuran Huawei ini akan memilih 10 pelajar terbaik dari seluruh Malaysia yang kemudianny­a akan menjalani program sangkutan di Huawei China selama dua sehingga tiga minggu.

“Mereka akan bersamasam­a dengan pelajar terbaik yang terpilih dari seluruh dunia untuk belajar dan diberi pendedahan tentang proses kerja bersama syarikat gergasi teknologi komunikasi bertaraf global ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Ketika sesi pengenalan dan taklimat ringkas program Huawei Seeds for the Future di Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) UMS, di sini pada Isnin.

Coswald menjelaska­n taklimat yang diadakan pada kali ini antara lain bagi memaklumka­n para pelajar tentang kriteria serta penilaian yang dibuat oleh pihak Huawei dalam memilih 10 pelajar terbaik untuk mewakili negara.

“Untuk layak para pelajar perlu menunjukka­n komitmen yang tinggi kerana mereka perlu melepasi beberapa tapisan yang ada.

“Ia antara lain merangkumi penilaian projek, sesi temu bual dan persembaha­n berdasarka­n tajuk yang diberi,” katanya.

Taklimat itu turut dihadiri hampir 200 pelajar yang mengambil bidang berkaitan ICT.

Hadir sama ialah Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin; Pengarah Bahagian Hubungan Industri Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Prof. Dr. Arham Abdullah; dan Dekan FKI, Prof. Madya Ag. Asri Ag. Ibrahim serta Pengarah Kanan Perhubunga­n Awam Huawei Malaysia, Simon Ng.

 ??  ?? KAMARUDIN (duduk lima kanan), Arham (duduk tiga kanan), Asri (duduk tepi kiri), Coswald (duduk empat kanan) dan Simon (duduk empat kiri) merakamkan kenangan bersama pelajar dan semua pihak yang menjayakan program itu.
KAMARUDIN (duduk lima kanan), Arham (duduk tiga kanan), Asri (duduk tepi kiri), Coswald (duduk empat kanan) dan Simon (duduk empat kiri) merakamkan kenangan bersama pelajar dan semua pihak yang menjayakan program itu.
 ??  ?? KAMARUDIN (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Simon.
KAMARUDIN (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Simon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia