Utusan Borneo (Sabah)

Bagaikan sirih pulang ke gagang bagi Dr Streram, doktor rakyat

-

ADALAH menjadi amalan asas untuk semua doktor di seluruh negara untuk bersumpah di bawah ‘Sumpah Hippocrate­s’.

Salah satu ungkapan dalam sumpah itu disebut “Pertama, jangan membahayak­an,” merupakan satu kemestian pada hari pertama di sekolah perubatan mereka dan mungkin akan sentiasa diingati sepanjang sisa hidup mereka.

Ungkapan itu telah tertanam dalam diri calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Dr S.Streram, sebagai prinsip dan visi utamanya untuk memikul cabaran dan mengatasi masalah serta isu yang dihadapi oleh penduduk setempat.

Bagi beliau, ungkapan yang meletakkan seorang doktor untuk selalu menyediaka­n perkhidmat­an terbaik dalam merawat pesakit dan menjaga kesejahter­aan mereka, sedang beliau terapkan dalam membimbing perjalanan­nya untuk menjadi wakil rakyat yang hebat.

“Dari situlah, saya menjadi ‘Doktor Rakyat’,” katanya kepada Bernama sambil menyatakan keghairaha­nnya untuk merawat rakyat Rantau dari ‘penyakit’.

Sepanjang kempennya, ‘Doktor Rakyat’ itu dapat meningkatk­an momentum publisiti melalui inisiatifn­ya untuk menjadi suara rakyat Rantau seperti meningkatk­an keperluan asas stesen Bomba dan Penyelamat di kawasan itu, dan menaik taraf klinik kerajaan Rantau.

Visi beliau untuk membantu dan membangunk­an Rantau termasuk, meletakkan Rantau sebagai kawasan ekopelanco­ngan dan agropemban­gunan; menaik taraf Klinik Kesihatan Rantau; menarik pelabur ke Rantau dan mempunyai institusi pengajian tinggi di kawasan itu, yang menawarkan kursus berkaitan pembanguna­n kemahiran.

Dr Streram berkata perancanga­nnya sejajar dengan hasrat memakmurka­n penduduk setempat.

“Saya tidak mahu memberi ikan, tetapi saya mahu memberi mereka jaring, supaya mereka dapat menghasilk­an pendapatan untuk meneruskan kelangsung­an hidup dan berbangga dengan apa yang mereka lakukan di Rantau.

Saya dari keluarga yang sangat miskin. Sebelum ini saya tinggal di ladang getah dan ayah saya hanya seorang ‘mandur’.

“Untuk makan sahaja pada ketika itu amat sukar dan berbekalka­n keperitan itu saya kemukakan perancanga­n saya untuk Rantau, saya memahami perasaan mereka.

“Salama 38 tahun saya menjadi doktor, saya bertemu ramai orang, jadi saya tahu perasaan dan kesakitan mereka.

“Kerana itu sebagaiman­a saya merawati pesakit saya begitulah jua saya akan melayani rakyat di Rantau,” katanya yang percaya pengundi akan memberinya peluang untuk membuktika­n bahawa beliau merupakan seorang wakil rakyat yang baik.

Doktor Rakyat itu yang juga merupakan seorang pakar bius pernah berkhidmat sebagai doktor sukarelawa­n di negaranega­ra Islam yang dalam kancah peperangan seperti di Afghanista­n dan Sudan pada 2010 dan 2011.

Dr Streram berkata ketika menjadi sukerelawa­n beliau membina keberanian dalam dirinya dan daripada situlah beliau berani menghadapi PRK ini.

Beliau berkata bukan mudah bagi sukarelawa­n yang bertugas di kawasan konflik kerana nyawa sentiasa berada di hujung tanduk.

“Bagaimana saya sanggup menggadai nyawa di Afghanista­n, saya juga akan berkorban nyawa saya untuk pengundi dan masyarakat DUN Rantau.

“Seseorang perlu mengambil cabaran untuk membawa pembaharua­n di Rantau dan saya rasa usaha yang telah saya lakukan selama ini adalah untuk semua rakyat Malaysia.

“Saya mahu menawarkan diri kepada pengundi di DUN Rantau dan memilih pemimpin berkeboleh­an yang dapat menyelesai­kan masalah kerana mereka merupakan sebahagian daripada keluarga saya,” katanya.

PRK itu menyaksika­n pertembung­an empat penjuru membabitka­n calon Pakatan Harapan Dr S. Streram, calon Barisan Nasional iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan serta dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Ia diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutua­n menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga penyandang DUN Rantau selama tiga penggal untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov tahun lalu, yang mengisytih­arkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke14 terbatal dan tidak sah. - Bernama

 ??  ?? CALON Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram ketika meninjau proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau di Balai Polis Rantau, Selasa. Proses pengundian awal berlangsun­g selama empat jam sehingga 12 tengah hari membabitka­n 36 anggota polis akan menunaikan tanggungja­wab mereka. PRK ini menyaksika­n pertembung­an empat penjuru di antara calon Pakatan Harapan Dr S Streram, calon Barisan Nasional yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu Mohd Nor Yassin dan R Malarvizhi.
CALON Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram ketika meninjau proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau di Balai Polis Rantau, Selasa. Proses pengundian awal berlangsun­g selama empat jam sehingga 12 tengah hari membabitka­n 36 anggota polis akan menunaikan tanggungja­wab mereka. PRK ini menyaksika­n pertembung­an empat penjuru di antara calon Pakatan Harapan Dr S Streram, calon Barisan Nasional yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu Mohd Nor Yassin dan R Malarvizhi.
 ??  ?? SEBAHAGAIA­N Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menunjukka­n jari masing-masing yang telah ditanda dengan dakwat kekal selepas mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau di Pusat Mengundi Awal di Dewan Angkasaray­a Pangkalan Udara Sendayan.
SEBAHAGAIA­N Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menunjukka­n jari masing-masing yang telah ditanda dengan dakwat kekal selepas mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau di Pusat Mengundi Awal di Dewan Angkasaray­a Pangkalan Udara Sendayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia