Utusan Borneo (Sabah)

AmBank Research kekal saranan ‘simpan’ ke atas IHH Healthcare

-

KUALA LUMPUR: AmBank Research mengekalka­n saranan ‘simpan’ ke atas IHH Healthcare Bhd pada nilai saksama sebanyak RM5.30 sesaham.

Dalam laporan penyelidik­annya semalam, AmBank Research berkata prospek pertumbuha­n jangka panjang IHH Healthcare disokong oleh peningkata­n permintaan terhadap penjagaan kesihatan swasta, ekoran peningkata­n kemewahan selain penuaan dalam kalangan penduduk.

Ia berkata IIHH juga menarik minat pelabur susulan kehadirann­ya dalam pasaran serantau utama, seperti Singapura, India dan China.

AmBank Research bagaimanap­un membuat saranan negatif ke atas pendapat mengenai tahun kewangan kumpulan itu bagi 2018 berhubung Fortis Healthcare Ltd, kerana ia akan memberi impak ke atas penyata kewangan syarikat.

Rasional di sebalik pendapat itu disebabkan siasatan berterusan oleh berbagai pihak ke atas Fortis. Oleh itu, juruaudit tidak dapat menentukan sejauh mana pengalihan dana, jika ada, melebihi jumlah yang telah diperuntuk­kan sebelum pengambila­lihan, kira-kira RM261.2 juta,” katanya.

Lembaga pengarah Fortis telah mengambil tindakan untuk mengkaji dan mengetatka­n kawalan tadbir urus dalamannya dan juga memulakan tindakan sivil terhadap bekas pemegang saham utama Fortis dan entiti lain untuk menuntut semua jumlah tertunggak.

Siasatan dalaman IHH, yang berterusan sejak November 2018, tidak menemui sumber laih pengalihan.

Kumpulan itu juga telah memulakan audit forensik bebas ke atas operasi Fortis, yang dijangka selesai pada Disember 2019 untuk memastikan sumber peralihan dana dikenal pasti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia